Tahun 2017 semakin hampir ke penghujungnya dan dengan musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, Nando’s mahu menyebarkan kasih sayang dengan melancarkan kempen akhir tahun ‘Everyone Is Welcome’. Kempen yang dilancarkan pada minggu ini adalah berdasarkan konsep meraikan kebersamaan dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima kepelbagaian.

Menurut Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia, “2017 telah menjadi tahun penuh dengan peristiwa dan kejadian yang menarik. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara yang  mempunyai kepelbagaian budaya, kita telah melalui pelbagai fasa turun dan naik, tetapi walau apa pun keadaannya, kita masih di bawah satu negara. Bersama-sama kita berdiri teguh dalam menghadapi kesukaran, bersama-sama kita merangkul perbezaan antara satu sama lain dan bersama-sama kita bangkit dan menyokong rakyat Malaysia kita tanpa mengira siapa kita dan apa yang kita percayai. Di Nando’s kita bangkit untuk rakyat dan tidak kira apa yang berlaku, kita akan ada untuk semua. Restoran kami sentiasa terbuka dan kami bangga menjadi sebahagian daripada negara ini.”

Sebagai jenama yang berbangga dengan imej nakal dan menyeronokkan, Nando’s telah menghasilkan video muzik yang pasti mampu memenangi hati rakyat Malaysia.

Everyone Is Welcome at Nando's

2017 has been an exciting year for Malaysia! Let's wrap up the year with some fun and togetherness. Everyone is welcome!

Posted by Nando's on Sunday, 12 November 2017

Video yang berwarna-warni ini membawa nada yang mudah menarik perhatian dan membawa penonton menyaksikan rekap peristiwa unik yang telah berlaku sepanjang tahun dan seterusnya menyokong keharmonian dan inklusif yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang indah.

Untuk melangkau mesej itu ke semua restoran cawangannya, Nando’s juga memperkenalkan menu perkongsian khas yang dipanggil ‘Everybody’s Platter’ yang didatangkan dengan starter, menu tambahan dan tentu saja ayam PERI-PERI yang pertama untuk Nando’s. Terdapat juga pertandingan yang akan berlangsung sehingga 7 Januari 2018 di mana peserta berpeluang untuk memenangi baucar 100 Nando’s. Apa yang perlu mereka lakukan ialah muat turun poster yang menggambarkan perkataan seperti ‘Diverse’, ‘Equal’, ‘Fiery’, ‘Multi-cultured’ dan ‘United dari www.everyoneiswelcome.com.my atau cari poster ini di restoran, ambil foto menarik dan muat naik di Instagram mereka dengan kapsyen kreatif dan tag @NandosMY serta #Everyoneiswelcome.

Video ini boleh didapati di YouTube dan halaman Facebook rasmi Nando’s www.facebook.com/NandosMY

Untuk maklumat lanjut tentang kempen yang menarik ini, log masuk ke www.everyoneiswelcome.com.my

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like