Sekitar minggu lepas, team Dewi telah dijemput untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama dari Denmark iaitu jenama dari kumpulan BESTSELLER. BESTSELLER dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Holch Povlsen ini telah mempamerkan rekaan pilihan dari koleksi musim Luruh/Sejuk 2017 untuk tiga jenama utama mereka —  Jack & Jones, Vero Moda dan ONLY. Penggemar fesyen dari negara Skandinavia ini boleh mendapatkan pakaian dan aksesori dari  tiga jenama ini di butik pertama yang dijangka dilancarkan pada November 2017 di pusat beli-belah Suria KLCC.

Jenama dan produk BESTSELLER boleh didapati secara dalam talian di Lazada Malaysia, dan di 2700 butik di seluruh Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Australia. Ia juga merupakan salah satu jenama fesyen terbesar di China di mana lebih daripada 8000 kedai beroperasi di lebih 300 bandar di tanah besar China, menjadikannya salah satu syarikat fesyen milikan asing yang sangat berjaya menembusi pasaran China dan telah mempunyai rekod prestasi yang cemerlang selama 25 tahun.

Jom lihat gambar di majlis pelancaran fesyen BESTSELLER ini:

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like