Grab, penyedia platform pengangkutan dan pembayaran mudah alih terkemuka di Asia Tenggara hari ini mengumumkan pelantikan Ooi Huey Tyng sebagai Pengarah Urusan, GrabPay Singapura, Malaysia dan Filipina. Huey Tyng yang berpangkalan di Singapura, mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam memegang jawatan kanan di beberapa buah bank global dan penyedia pembayaran terkemuka. Pelantikan beliau dilihat tepat pada masanya selaras aspirasi GrabPay untuk mengembangkan lagi platform pembayarannya pada tahun 2018 selepas meraih beberapa kejayaan pada tahun 2017.

Ooi Huey Tyng dilantik sebagai Pengarah Urusan GrabPay Singapura, Malaysia dan Filipina

Sebelum menyertai Grab, Huey Tyng berkhidmat di Visa sebagai Pengurus Negara untuk Singapura dan Brunei. Semasa di Visa, Huey Tyng memainkan peranan penting dalam memacu pelan inovasi dan digital syarikat tersebut serta hubungan strategik dengan bank-bank serantau yang beribu pejabat di Singapura. Sebelum itu, Huey Tyng turut memegang jawatan kanan di DBS, UOB dan Citi, di mana beliau bertanggungjawab dalam mengurus perniagaan kad runcit, penjenamaan bersama dan perkongsian ganjaran serta hubungan dengan peniaga. Huey Tyng juga merupakan wakil kepada Majlis Pembayaran Kebangsaan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE).

“Huey Tyng mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dari aspek kepimpinan yang diperolehi semasa beliau berkhidmat di bank-bank dan penyedia platform pembayaran utama di rantau ini. Pengalaman beliau bersama rakan kongsi kami yang sedia ada dan yang berpotensi amat berharga memandangkan GrabPay sedang bergerak ke tahap pertumbuhan seterusnya. Berjuta-juta orang di Singapura, Malaysia dan Filipina masih lagi bergantung kepada penggunaan wang tunai. Kemahiran Huey Tyng dalam menjalin perkongsian perniagaan di setiap negara ini akan membolehkan kami membawa lebih ramai peniaga dan pengguna ke era masa depan tanpa tunai dengan lebih pantas,” ujar Jason Thompson, Pengarah Urusan, GrabPay Asia Tenggara.

Mengulas tentang peranan baharunya, Huey Tyng berkata, “Ini merupakan detik yang amat bermakna kepada saya kerana diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Grab. Saya percaya industri pembayaran tanpa tunai di negara-negara Asia Tenggara mempunyai peluang dan cabaran tersendiri. Sebagai contoh, kos yang perlu ditanggung oleh Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan pengendalian tunai mencecah RM1.8 bilion setahun dan ia tidak memberi manfaat kepada peniaga atau pengguna di Malaysia. Dengan GrabPay, kami dapat melengkapi keperluan rakan kongsi kami dan menawarkan peluang pembayaran tanpa tunai kepada berjuta-juta pengguna di Singapura, Malaysia dan Filipina.”

Menutup tirai 2017, GrabPay berjaya menarik minat seramai 1,000 peniaga Singapura menggunakan GrabPay hanya dalam tempoh dua bulan selepas melancarkan perkhidmatan pembayaran untuk kedai dan restoran. Bagi tahun 2018, platform pembayaran GrabPay mensasarkan lebih 20,000 peniaga tempatan Singapura yang masih menjalankan perniagaan secara tunai di mana mereka akan mendapat faedah serta-merta apabila menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai GrabPay. Di Malaysia, GrabPay telah diberi lesen wang elektronik (e-money) oleh Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa kewangan pusat Malaysia. Dengan adanya lesen ini, pengguna di Malaysia kini boleh membayar menggunakan Grab di restoran, kedai dan atas talian, bermula pada separuh pertama 2018. Grab juga bergerak melangkaui platform pengangkutan di Filipina apabila melancarkan kemudahan pemindahan wang peer-to-peer (P2P) pada hujung bulan Disember. Sebagai negara yang mengamalkan penggunaan tunai secara meluas, kemudahan P2P ini membolehkan pengguna Grab menghantar Kredit GrabPay kepada satu sama lain dengan pantas, mudah dan selamat.

Selaras rancangan Grab untuk meluaskan perkhidmatan pembayarannya ke seluruh Asia Tenggara pada tahun 2018, pencapaian demi pencapaian yang diraih ini akan terus mengukuhkan transformasi Grab daripada platform pengangkutan yang mendapat permintaan tertinggi kepada platform internet pengguna no.1 di rantau ini.

Hari ini, platform Grab menjalankan lebih daripada 3.5 juta transaksi setiap hari. Untuk menyokong pertumbuhan platform GrabPay, Grab juga membuat beberapa pengumuman perniagaan pada tahun 2017:

  • Pelantikan Jason Thompson, bekas Pengarah Urusan EMEA dan Asia Euronet, untuk menerajui GrabPay sebagai Pengarah Urusan, GrabPay Asia Tenggara.
  • Pengambilalihan Kudo, salah satu platform e-dagang O2O (dalam talian ke luar talian) terkemuka di Indonesia, diikuti kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembayaran PayTren untuk membentuk rangkaian terbesar di Indonesia melibatkan lebih 3 juta usahawan mikro
  • Pelantikan Vikas Agrawal sebagai CTO GrabPay dan Ongki Kurniawan sebagai Pengarah Urusan GrabPay Indonesia

Pelancaran platform GrabRewards yang dipertingkatkan. Ia merupakan salah satu program kesetiaan terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 160 rakan Ganjaran

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like