Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”.

Guardian Malaysia mempunyai lebih 420 buah cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3 juta pelanggan setiap bulan. Guardian mempunyai hampir 500 SKU ‘house brand’, atau “corporate brand” produk yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan-cawangan Guardian di seluruh negara. Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas.

Istimewanya ‘Guardian Corporate Brand’

Guardian Corporate Brand
Guardian Corporate Brand

Produk ‘Guardian Corporate Brand’ menjadi pilihan para pengguna di seluruh rantau ini, termasuklah Malaysia. Ia menyumbang secara besaran ke atas jumlah jualan keseluruhan Guardian kerana kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta memberi ketenangan minda dan nilai kepada para pengguna.

Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ perlu mematuhi peraturan yang ketat di semua negara di mana ia dijual. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pengguna terhadap kualitinya.

 

Langkah berani Guardian untuk mengutamakan produk-produk jenama korporatnya dijangka mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Ini kerana ia menawarkan aspek terbaik dalam produk-produk klasik dan trend baru di seluruh rantau ini untuk semua peringkat umur serta kategori produk.

Guardian bekerjasama dengan para pengeluar terkemuka dan menggunakan formulasi inovatif dalam semua bentuk pembangunan serta pengilangan produk jenama korporatnya. Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya.

 

Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat “Recommended by The Toughest Users” sebagai satu bentuk kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian Corporate Brand’. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’ & Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori produk kesihatan.

Pelekat itu menunjukkan bahawa semua produk “Guardian Corporate Brand” telah menjalani tiga langkah jaminan kualiti Guardian. Di samping jaminan ketenangan minda kerana rangkaian produk terpilih itu sudahpun diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Semua produk

“Guardian Corporate Brand” hadir bersama jaminan pulangan semula wang yang jelas membuktikan keyakinan Guardian terhadap kualiti dan keselamatan produknya mampu memenuhi kepuasan pengguna. Guardian akan menganjurkan kempen “Recommended by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like