Drama Hero Seorang Cinderella kini sedang ditayangkan di Astro Ria yang dibintangi oleh pelakon utama seperti Fattah Amin dan Fazura. Drama bersiri ini menjadi bualan ramai ekoran jalan ceritanya yang santai dan lakonan para pelakon yang ‘menjadi’. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Senrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?

INFO LENGKAP HERO SEORANG CINDERELLA 

  1. JUMLAH EPISOD : 24 episod
  2. TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2017
  3. HARI / MASA : Isnin-Khamis 10.00 malam
  4. SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
  5. SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
  6. PENULIS NOVEL : Anjell
  7. PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
  8. TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
  9. PELAKON :Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Azhar Amir, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Syafi Danish
WATAK PELAKON HERO SEORANG CINDERELLA
  • Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
  • Nur Fazura sebagai Nura Medina
  • Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
  • Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
  • Fikry Ibrahim sebagai Noah Farizzam
  • Aedy Ashraf sebagai Darius
  • Iswan Ismail sebagai Lukman (Luke)
  • Jasmine Suraya sebagai Zuyyin
  • Nina Juren sebagai Tengku Shamiza
  • Azhar Amir sebagai Datuk Azizan
  • Lisdawati sebagai Puan Ayana

BIODATA PELAKON UTAMA HERO SEORANG CINDERELLA

Nama Penuh: Abdul Fattah bin Mohd Amin
Nama Popular: Fattah Amin
Tanggal Lahir: 14 September 1990
Asal: Kuala Lumpur
Keturunan: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Status: Belum Berkahwin
Kerjaya: Pelakon, Model & Penyanyi
Pendidikan: Jurusan Seni di UiTM
Drama./Telefilem: Memberku Hawa, Cinta Ibadah, Kak Marr, Hello Mr. Perfect, Suri Hati Mr. Pilot, dll.
Single: Wanita Terakhir
Duta: Olicandy, Syukur Selalu dan Pendukung Anies-Sandiaga

NAMA PENUH: Nur Fazura Sharifuddin
TARIKH LAHIR: 27 September 1983
TEMPAT LAHIR: Pekan, Pahang
KERJAYA: Pelakon, pengacara, model
STATUS: Bujang
DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora
FILEM: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak
PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc
DUTA: Olay, Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension Hair Dreams
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-19 dan Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke 23

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Inilah Telstar 18, Bola Rasmi FIFA 2018

adidas Football telah mengumumkan Telstar 18 sebagai bola rasmi untuk Perlawanan Piala Dunia FIFA 2018  yang bakal berlangsung di Rusia. Bola Telstar 18 akan digunakan oleh pemain terbaik dunia dalam merebut kemenangan dalam acara bola sepak terunggul  yang bakal diadakan pada musim panas akan datang.