Bagi kaum wanita, bila datang bulan mengambang ada dua perkara perlu dirisaukan. PMS dan kebocoran.

Kalau masalah PMS, mungkin mudah diatasi kerana ia tidak nampak secara fizikal – cuma mood swing sahaja. Makan coklat atau dapat bunga, insyaAllah baik hehe

Tapi kalau kebocoran boleh mendatangkan malu. Salah satu sebab berlakunya kebocoran adalah kerana ‘kedudukan’ tuala wanita yang kurang betul atau kadang-kadang senget-benget. Nak tidur pun kadang-kadang risau, takut terkena cadar atau sofa bed. Satu hal pula nak kena bersihkan.

Risau ke? Tak perlulah dah kerana ada para genius yang telah mencipta seluar dalam yang boleh menghalang pad atau tuala wanita kamu dari lari dari kedudukan sebenar, senget dan seterusnya mengurangkan risiko bocor. Perkenalkan, PantyProp – seluar dalam khas untuk mereka yang mahukan keselesaan walaupun ketika datang bulan.

Menggunakan PantyProp ini sangat mudah. Anda cuma perlu masukkan pad pada poket yang terdapat pada seluar dalam ini, siap! Tak perlu risau nak cari pad bersayap kerana dengan poket ini, tuala wanita anda akan kekal pada kedudukannya, walau ada pun anda lakukan – baring, duduk mahupun berlari.

pantyprop

Yang lagi bestnya, bukan hanya seluar dalam, pakaian renang dari PantyProp pun disediakan sekali teknologi ‘anti-senget’ ini. Ia akan memastikan anda dapat berenang di kolam tanpa perlu risau anda akan mencemari kolam tersebut. Jumlah seluar dalam yang terdapat di PantyProp untuk wanita adalah 5 jenis kesemuanya, dan 1 seluar dalam khas untuk lelaki. Aik, lelaki pun ada kebocoran? Ye ada, tapi itu kita akan bincangkan dalam artikel yang lain 😛

PropKini: bikini

propkini

propkini-02

Propster: kegunaan harian

propster-01 propster-02

Propsuits: pakaian renang

pantysuit-01 pantysuit-02

PropTween: untuk remaja

proptween

PropSwim: seluar renang

propswim

Harga sehelai seluar dalam PantyProp ini bagi kami agak berpatutan iaitu dari RM60 sehelai. Mereka juga menjanjikan bahawa kos penghantaran adalan rendah ke seluruh dunia, dengan jaminan anda tidak akan mengalami kebocoran dan mungkin terlupa yang sebenarnya anda sedang memakai tuala wanita. Bagi setiap keuntungan yang PantyProp perolehi dapat dari jualan seluar dalam ajaib ini, ada peratusan yang akan didermakan kepada Women’s Prison Association and Hope for Haiti.

pantyprop-2

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like