Rangkaian kecantikan JILL STUART Beauty yang berpangkalan di Jepun bakal diperkenalkan di Malaysia pada September ini. Jenama kecantikan itu adalah hasil idea pereka fesyen terkenal dari New York; Jill Stuart, dan KOSÉ Corporation.

Dengan slogan “Seksi yang Suci” atau “Innocent Sexy“, JILL STUART Beauty dijangka akan menawan hati semua wanita. JILL STUART Beauty menawarkan hanya beberapa produk terpilih untuk acara eksklusif Sneak Peek, antaranya produk terlaris Mix Blush Compact, Ribbon Couture Eyes dan gincu kegemaran ramai, Lip Blossom Velvet.

“Innocent Sexy” oleh JILL STUART Beauty

Rangkaian “Innocent Sexy” oleh JILL STUART Beauty adalah konsep yang merangkumi dua sifat wanita; comel dan kegadisan serta tampil feminin dan seksi. Fasa hidup wanita yang paling menarik adalah semasa mereka berada dalam tempoh peralihan dari seorang gadis ke wanita. Apa yang menjadikan JILL STUART Beauty unik adalah kerana produk palet merah jambu yang mempunyai aroma buah-buahan dan bunga. Produk kecantikan tersebut datang dalam bentuk yang kecil dan mempunyai ukiran terperinci yang menyerupai aksesori dan ianya mudah dibawa.

JILL STUART Beauty sangat mengambil berat tentang kualiti bahan-bahan terbaik yang digunakan dalam produknya. Bahan-bahan terkenal ini termasuk:

 

Ekstrak Rosemary

 

Dihasilkan daripada bunga dan daun rosemary, ia dikatakan dapat memperkuat dan mengetatkan kulit yang mewujudkan kesan anti-penuaan. Selain menghidrat, ia berfungsi sebagai anti-oksidan dan anti-allergen, dan rosemary juga menghalang rembesan sebum.
 

Minyak Lavender

Diambil dari bunga lavender, minyak ini telah lama digunakan sebagai ramuan untuk minyak wangi dan digunakan untuk mandian. Ia mempunyai kesan menenangkan kebimbangan dan sering digunakan dalam rawatan aromaterapi. Apabila digunakan pada kulit, minyak ini bertindak sebagai emolien dan meredakan keradangan dan luka.
 

Minyak Rosehip

Rosehip adalah buah berwarna merah terang yang muncul selepas mawar liar mekar. Minyak Rosehip mengandungi kepekatan asid lemak asas, anti-oksidan, dan vitamin larut lemak. Manfaat terbesarnya adalah kesan anti-penuaan, terutamanya keupayaan untuk mencegah penuaan kulit.
 

Mawar Liar

Wild rose ekstrak telah terbukti dapat mengaktifkan sel tisu dan dikatakan berkesan dalam merawat luka kebakaran dan belahan luka. Ia dikenali memberi manfaat kepada kulit dengan menenangkan kesan terbakar dari sinar matahari dan pigmentasi, menghidrat kulit dengan mengekalkan kelembapan, dan menghalang penuaan kulit.

 

JILL STUART Beauty akan dijual secara eksklusif di SEPHORA Suria KLCC dan boleh didapati di kedai dalam talian bermula dari 13 September 2018.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jillstuart-beauty.com/en

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like