Tahukah anda ada pusat beli-belah baru dibuka di kawasan Melawati iaitu Melawati Mall? Dari luar nampak gah dan best, bila masuk rupanya lagi menarik. Oleh kerana telah dijemput untuk ke acara FOODVILLE ( Food Coffee Music ),

Saya berkesempatan untuk ke Melawati Mall yang terletak di tengah-tengah kawasan sibuk Melawati dan apa yang boleh saya katakan, ini adalah di antara mall yang paling saya suka sebab mudah nak bawa anak kecil.

Ada beberapa restoran yang saya dah cuba sempena event FOODVILLE Melawati Mall ni tau dan seriously, you guys should try them too sebab honestly, tidak mengecewakan!

Jamaica Blue Coffee

Di sini saya telah berpeluang mencuba lapan jenis makanan dan kopi brew mereka. SEMUA MAKANAN DI SINI TIDAK MENGECEWAKAN. Serius tau terutamanya kek Jamaica Blue Mountain Special yang digandingkan bersama secangkir kopi latte panas. Selain itu juga, Chicken Pumpkin Lasagne pun menarik juga dan boleh dinikmati untuk hidangan tengahari anda.

Antara menu yang dihidangkan adalah:

  1. Super fruit bowl
  2. Enrichment bowl
  3. Chicken Pumpkin Lasagne
  4. Buttermilk Chicken And Corn Pie
  5. Zuchini Fritters
  6. Chicken And Sundried Tomato Pesto
  7. Dessert : Jamaica Queen & Jamaica Blue Mountain Special

Baba Nyonya

Kalau anda peminat asam pedas dan makanan baba dan nyonya, saya suggest anda cuba restoran Baba Nyonya ini. Chef yang memasak pun adalah pakar dan makanan baba nyonya yang dihidangkan boleh dikatakan authentic dan asli tau.

  1. Assam Pedas Claypot
  2. Kangkung Belacan
  3. Chicken Lobak
  4. Chicken Pengtoh
  5. Sambal Petai Prawn
  6. Ayam Goreng Rempah
  7. Cencalok Omelette
  8. Banana Fritters/Cendol/Air Markisa

Tigerlily Thai Restaurant

This is one of my favourite thai restaurants sebab Siakap Steam dia SANGAT MARVELOUS y’all. Sumpah kena try sebab lain dari yang lain. Pad Thai pun best sampai habis sepinggan saya makan. Saya tak suka Pad Thai berminyak sangat, dan di sini memang just nice dan banyak seafood di dalam.

  1. Lemongrass Satay Chicken
  2. Pad Thai
  3. Steam Siakap with lemongrass claypot
  4. Banana Fritter
  5. Dessert : Red ruby
  6. Thai Iced Tea
  7. Lemongrass Juice

Swensens

Swensens ini adalah kedai aiskrim pertama dari San Francisco sejak tahun 1948. Makanan yang disediakan di sini adalah western food dan ofcourselah pelbagai jenis dessert ice-cream. Bagi yang nak sambut birthday, dating atau makan dessert bersama keluarga, anda boleh cuba Earthquake Ice Cream ni sebab dia special dan lain dari yang lain.

  1. Spring Chicken
  2. Chicken/FIsh Baked Rice
  3. Black Pepper Seafood Pasta
  4. Earthquake Ice Cream

Wayback Burgers

Yes, this is real burger we are talking about. Okay untuk pengetahuan semua, restoran Wayback dari Nevada ini hanya terdapat di Melawati Mall sahaja.  Rasa daging burger Cheeeeesy Beef Burger sangat fresh sebab daging patty dikisar di situ. Anda boleh lihat sendiri daging dikisar di sebalik tingkap cermin bagi memastikan kualiti burger dan makanan yang dihidangkan.

Tak cukup dengan itu, di sini terdapat pelbagai sos pilihan dan anda pasti gemar akan sos cili padi khas yang disediakan di sini.

  1. Cheeeeesy Beef Burger
  2. Fish Burger
  3. House Made Chips
  4. Icecream Milkshake

Be Sixth Cafe

Dan yang terakhir adalah cafe Be Sixth. Sebagai penggemar kopi, memang kopi latte yang disediakan adalah menggunakan biji kopi segar yang dikisar dan makanan yang disediakan memang not bad at all! Semua sedap terutamanya Rib Eye.

  1. Beef Lasagna
  2. Rib Eye
  3. Quinoa and Mango Salad
  4. Pulled Beef Sandwich
  5. Signature Coffee

Untuk maklumat lanjut :

Website : www.melawatimall.com/

Instagram https://www.instagram.com/melawatimall/

Facebook https://www.facebook.com/MelawatiMallOfficial/

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like