Lebih 2 jam lepas kecoh di laman Facebook Tous les Jours ( TLJ ) , kafe dari Korea Selatan ini berkongsi notis penutupan kafe mereka di Malaysia mulai esok, 25 Mei 2017. Netizen juga terkejut kerana cafe popular ini juga turut menutup semua cawangan mereka secara tiba-tiba dan menyatakan hari terakhir mereka beroperasi adalah hari ini.

Penulis kami telah berkunjung ke salah satu cawangan kafe TLJ yang terletak di Empire Damansara Kuala Lumpur sebentar tadi dan bertanya sendiri kepada pekerja kafe berkenaan tentang perkara ini. Walaupun demikian, pekerja di sana berkata yang penutupan kafe mereka hanya sebulan untuk tujuan renovasi kedai dan bakal dibuka sekitar bulan Julai depan.

Bila ditanya sama ada mereka akan kekal sebagai jenama Tous les Jours atau tidak, jawapan yang diberikan pula agak samar dan mereka sendiri kurang pasti. Apa pun, kami yang juga peminat kafe ini berharap agar TLJ tidak akan tutup terus! Kami sukakan roti dan kopi anda!

Tous les Jours merupakan sebuah kafe menyajikan pelbagai hidangan roti, kek dan pastri dari Korea dengan cetusan ilham hidangan dan konsep ala Perancis. Tous les Jours bermaksud ‘setiap hari’ dan broperasi sejak tahun 1997. Tous les Jours mempunyai lebih 1300 cawangan di 8 buah negara termasuk Malaysia, Korea, China dan Amerika Syarikat.

Anda akan dirindui, Tous les Jours!

4 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like