KidZania Kuala Lumpur dan SHARP Malaysia telah melakukan kerjasama erat untuk membawa pengalaman pembelajaran yang baru kepada kanak-kanak, iaitu mengajar mereka mengenai teknologi di sebalik pembersih udara dan bagaimana kualiti udara boleh memberi kesan kehidupan seharian.

 

Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita, dari alat peribadi seperti telefon bimbit dan komputer kepada perkhidmatan awam seperti industri perbankan dan berskala besar seperti perjalanan udara dan pembuatan. Dengan menerapkan minat dan menyediakan pengalaman interaktif untuk kanak-kanak, mereka berharap untuk memainkan peranan kecil dalam membina generasi yang memahami dan menggunakan teknologi untuk membuat masa depan ini tempat yang lebih baik. Untuk menunjukkan bagaimana pembersih udara boleh memberi kesan positif kepada kualiti udara di dalam rumah dan lain-lain persekitaran dalaman, SHARP Air Purifier Research And Development di KidZania akan menampilkan ujian penapisan asap dan ujian bau dan mempamerkan teknologi Plasmacluster Ion proprietari SHARP untuk mengekalkan udara yang bersih.

Selain daripada pelancaran SHARP Air Purifier Research & Development di KidZania Kuala Lumpur, SHARP juga mengumumkan penyertaan mereka dalam aplikasi KidZania go! – sebuah program sekolah mudah alih yang memberi manfaat buat kanak-kanak khususnya. Aktiviti-aktiviti dalam program ini termasuk perbincangan mengenai alam sekitar dan topik-topik seperti kualiti udara, Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan perlindungan jerebu supaya pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada kesihatan mereka dan apa yang mereka boleh lakukan.

KidZania Kuala Lumpur menawarkan lebih daripada 100 aktivitiyang berkaitan profesion  di 60 bandar kecil yang menggalakkan kanak-kanak untuk mengamalkan tingkah laku positif dan membantu mendidik mereka untuk mengendalikan permintaan dan cabaran kehidupan seharian. KidZania Kuala Lumpur juga merupakan rakan kongsi rasmi kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai Kidzania go! boleh menghantar emel kepada kzkl.go@kidzania.com.my.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi KidZania Careline 1300 88 KIDZ (5439) 9:00-20:00, Isnin hingga Ahad.

 

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like