Dianggarkan seorang daripada lima individu rakyat Malaysia hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering.  Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu dan kelembapan, semakin ramai orang terjejas.

Memang ramai yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif, dan golongan ini sering kali buntu apabila ingin membeli produk yang sesuai dengan kondisi kulit mereka. Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif ini,  Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru telah dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif, dengan matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita rasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.

Selain gejala fizikal, kulit kering juga boleh menjejaskan emosi, meningkatkan perasaan malu, kurang selesa dan keresahan apabila berhadapan dengan orang lain – walaupun apabila gejala mereka tidak dapat dilihat.  Meskipun kelaziman keadaan kulit ini, ia kurang mendapat perwakilan di media, yang boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan untuk penderita.

Dove DermaSeries baharu

Dove DermaSeries sama sekali tidak menimbulkan alahan dan tidak mengandungi wangian, membolehkan proses semula jadi kulit sendiri untuk membantu memulihkan, melembapkan dan menyihatkan kulit kering, menerusi penjagaan kulit yang lebih baik.

Koleksi Dove DermaSeries membawakan empat produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif: basuh badan, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan.  Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit – untuk menyihatkan semula lipid kulit.

 

Bukan seperti rawatan kulit lain, yang selalunya berat dan boleh menjadikan pengguna

terasa lebih tidak selesa, rangkaian Dove DermaSeries baharu membawa sentuhan kelembutan dan penjagaan ke tahap baharu dengan tekstur halus untuk melegakan kerengsaan kulit. Dengan menggabungkan keberkesanan klinikal yang cemerlang dengan faedah sensorial, koleksi ini memberikan penjagaan kulit yang berkesan dan kelegaan bagi individu dengan keadaan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, sila ke laman http://www.dove.com/my/collections/dermaseries.html.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

5 Pilihan Gincu Untuk Bibir Kering

Dengan keadaan cuaca panas dan tak menentu ini, bibir mudah menjadi kering dan pecah. Kami ada lima cadangan gincu yang bukan saja boleh membuatkan bibir kamu kelihatan mungil, malahan boleh mencegah bibir kamu menjadi kering.