Baru-baru ini, kami sempat singgah ke kedai konsep eksklusif Guardian yang  telah dilancarkan di Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid pada 22 Ogos lepas.

Outlet keempat dan terkini ini, adalah hasil komitmen Guardian Malaysia untuk terus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka dan secara tidak langsung memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Memang luas dan selesa outlet yang telah di’revamp’ semula ini dan nampak sungguh hip! Apa yang menariknya adalah bahagian alak solek yang telah disusun di dalam rak mengikut jenama, harga, mekap tempatan dan juga luar negara.

Outlet yang telah dilancarkan semula ini terletak di Lower Ground of Mall, dan menawarkan produk dari pelbagai jenama, termasuk 10 jenama terbaharu dari Korea, Jepun, Indonesia dan produk tempatan.

Jenama terbaharu yang dipasarkan di kedai konsep Guardian ini termasuk:

  1.  Beauty People ( Korea)
  2. Elle 18 ( India)
  3. Feeblin (Korea)
  4. LB Cosmetics (Japan)
  5. Kiss Me Ferme (Japan)
  6. Pixy Cosmetics (Indonesia)
  7.  Sea N Tree ( Korea)
  8. Sugarbelle ( Belle Yahya)
  9. TOV from (Korea)
  10. VT Cosmetics ( Korea)

 

Kedai konsep Guardian ini juga membuatkan pelanggan selesa membeli-belah kerana produk dipaparkan dengan jelas di rak yang disediakan. Paparan produk yang cerah juga membantu memudahkan pemilihan produk dan memudahkan pelanggan mencari produk yang mereka mahukan. Terdapat juga kaunter solekan dimana pelanggan yang membeli barangan lebih RM100 ke atas, akan dapat satu sesi solekan secara percuma.

Selain alat solek, Guardian juga berbangga dengan pelbagai produk penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit orang Asia. Untuk memastikan kesemua pelanggan dapat memilih produk yang sesuai untuk kulit wajah mereka, Guadian telah menyusun atur produk mereka di rak yang yang telah dilabelkan seperti keperluan semua pelanggannya ,pelbagai penjagaan kulit telah dibahagikan kepada tiga segmen.

Guardian Sunway Pyramid

Ini termasuk i) semulajadi dan organik, yang memaparkan jenama seperti Sukin dan Skinfood, ii) jenama penjagaan kulit derma seperti Avene, Eucerin, Uriage dan Bioderma dan iii) senarai panjang jenama popular untuk kulit sensitif.

Bagi yang ingin membeli-belah di sini, anda boleh berkunjung ke Guardian Sunway Pyramid di tingkat LG2. Untuk maklumat lanjut dan membeli belah secara dalam talian, anda boleh layari : www.guardian.com.my/

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like