“Wow, memang wangi!” Itu ayat pertama yang terlintas di kepala kami tatkala menghidu aroma penyembur pelembap dari MAC Cosmetics kegemaran kami, Prep + Prime Fix +, yang mengambil sentuhan baru bauan yang lazat dalam empat aroma termasuk Rose yang romantis, Lavender yang menenangkan, bau Kelapa yang lembut dan bauan Natural.

Sudah semestinya ia mengandungi Vitamin dan mineral yang memberikan kulit  penghidratan, dan melembapkan kulit serta mampu memberikan solekan bertahan lebih lama. Selain itu juga Mist yang ringan dan menyegarkan ini  boleh digunakan bersama solekan agar warna nampak lebih terang, kekal lebih lama dan juga tidak mengeringkan kulit si pemakai.

Selain itu juga Mist ini mengandungi vitamin E dan kafein untuk melindungi kulit serta ianya boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan pada semua jenis iklim dan suhu.

Botol Edisi Khas

Anda boleh dapatkan botol MAC Cosmetics kegemaran kami,

edisi terhad di booth eksklusif Fix+ MAC Cosmetics di KLCC sehingga 14 Januari ini pada jam 1.30petang hingga 3.30 petang.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Jenama SEFARRA tiru SEPHORA, Jual Kosmetik Tiruan?

Butik kosmetik SEFARRA baru-baru ini telah dilancarkan di Kelantan diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Nursajat dan Hanez Suraya. Tetapi masalahnya, netizen kecam mengatakan SEFARRA jual make up fake dan meniru SEPHORA. Aduh!
Read More

Ada Apa Kat Tbilisi, Georgia?

Kali ini kami di segmen Trip Impian ingin mengajak anda berangan-angan ke Tbilisi, Georgia. Wow, tak pernah dengar pun nama tempat tu? Best ke? Nak tau, bacalah