Segmen Penulis Pilihan

Nak buat bisnes airline bukanlah perniagaan yang main-main. Memang memerlukan modal yang amat besar, jutaan ringgit. Agak-agaklah, berapa harga sebenar untuk membeli sebuah kapal terbang? Baru-baru ini, syarikat pegeluar pesawat terkenal Airbus telah mengeluarkan harga terbaru bagi pesawat keluaran mereka.

airbus-01

Boleh tengok harga yang ditawarkan oleh Airbus seperti dibawah:

PESAWAT A318
A318 – Harga: USD 75.1 juta (MYR 308 juta)

PESAWAT A319
A319: Harga: USD 89.6 juta (MYR 363 juta)
A319 neo: Harga: USD 98.5 juta (MYR 404 juta)

PESAWAT A320
A320: Harga – USD 98.0 juta (MYR 401 juta)
A320neo: Harga – USD 107.3 juta (MYR 440 juta)

PESAWAT A321
A321: Harga – USD 114.9 juta (MYR 471 juta)
A321neo: Harga – USD 125.7 juta (MYR 512 juta)

PESAWAT A330
A330-200: USD 231.5 juta (MYR 950 juta)
A330-800neo: USD 252.3 juta (MYR 1.03 bilion)
A330-200 Freighter: USD 234.7 juta (MYR 962 juta)
A330-300: USD 256.4 juta (MYR 1.05 bilion)
A330-900neo: USD 287.7 juta (MYR 1.18 bilion)

PESAWAT A350
A350-800: USD 272.4 juta (MYR 1.11 bilion)
A350-900: USD 308.1 juta (MYR 1.26 bilion)
A350-1000: USD 355.7 juta (MYR 1.46 bilion)

PESAWAT A380
A380-800: USD 432.6 juta (MYR 1.77 bilion)

Memang mahal lah kan. Harga pesawat paling mahal tentulah superjumbo A380 dengan harga RM 1.77 bilion sebuah. Manakala paling murah ialah pesawat terkecil A319 dengan RM 308 juta sebuah. Itu baru harga pesawat, belum campur lagi kos operasi nak bayar harga minyak, maintenance, bayar airport, gaji pilot, jurutera, stewardess dan lain-lain. Kalau tak ada  banyak duit nak rolling, memang susah lah sustain dan nak maintain operasi.

Kalau ada mana-mana individu yang mampu beli pesawat ni, memang dia super duper hartawan lah. Bayangkanlah kalau nak beli sebuah pesawaty A320 seperti yang digunakan oleh Air Asia, harganya sama seperti membeli 400 buah rumah yang berharga sejuta sebuah. So kalau saya ada duit RM 2.6 bilion dalam bank, boleh lah beli 6 biji pesawat A320 untuk buat berniaga. Boleh buat sewa pesawat kepada Air Asia, Malindo Airways atau Fire Fly. Malangnya, saya tak ada duit sebanyak itu.

 

Ir. Edie Fendie adalah seorang blogger yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penerbangan, kejuruteraan dan kembara. Beliau bekerja sebagai jurutera penerbangan berdaftar. Untuk lebih banyak artikel tentang kapal terbang, layari blog Edie Fendi di marabahaya.wordpress.com

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like