Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung Paradigm Mall akan diserikan dengan kehadiran watak-watak comel dari siri televisyen Pocotee &  Rakan-rakan! Ya, sudah pasti anak-anak anda sudah tidak sabar untuk bergambar sakan dan bermesra dengan Pocotee di Paradigm Mall.  Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pocotee & Rakan-rakan adalah satu siri watak kartun ceria yang dicipta oleh artis Malaysia yang terkenal, Pocotee Loh. Watak-watak ini telah menjadi ikon komik dan dunia digital, dengan rangkuman peminat yang semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia.

Kerjasama antara Mall Paradigm dan ‘Pocotee & Friends’ adalah yang pertama dan terbesar yang untuk pusat membeli-belah dari segi saiz dan skala di Malaysia.  Sehubungan dengan itu, baru-baru ini Paradigm Mall telah melancarkan tema Tahun Baru Cina 2017 dengan tagline “HapiChick. Happy Together “. Semasa  acara itu berlangsung juga telah menyaksikan pengenalan watak baru, HapiChick, yang telah dicipta khas oleh Loh sempena ‘Tahun Ayam’ pada sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

 

Perayaan Tahun Baru Cina 2017 bermula Paradigm Mall PJ dari sekarang hingga 5 Feb 2017 dimana patung Pocotee setinggi 1.2meter dipamerkan di sana bersama-sama rakannya iaitu Dino Dino, Jiu, Sila J dan HapiChick.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paradigm mall.com.my dan anda juga boleh melawat kaunter pertanyaan Paradigm
Mall PJ di Tingkat CC untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like