Sempena dengan pelancaran suis siri AvatarOn sulung mereka, Schneider Electric Malaysia, selaku pakar global dalam transformasi digital pengurusan tenaga dan automasi, baru-baru ini telah mengadakan “World’s Smallest Masterpiece Contest”.

Peraduan ini telah berlangsung dari 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018, dan menerima sejumlah 1,074 penyertaan di seluruh negara yang tergolong dari kalangan pelajar dan profesional. Mereka dikehendaki untuk mereka design sekreatif yang mungkin di atas sehelai kanvas berukuran 85mm X 85mm, mengikut ukuran suis AvatarOn.

Seramai 10 orang finalis telah disenarai pendek untuk merebut peluang membawa peluang wang tunai sebanyak RM22,800 yang ditawarkan oleh Schneider. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dari Kategori Bukan Profesional menerima RM3,000, RM2,000 dan RM800,manakala ketiga-tiga pemenang kategori Profesional masing-masing membawa pulang RM10,000, RM5,000 dan RM2,000.


Chio Pei Leng dari INTI Pusat Seni dan Reka Bentuk muncul sebagai Juara dalam kategori Bukan Profesional, manakala Foo May Yee yang juga dari INTI Centre of Art and Design dan Yap Pei Feng dari Sekolah Menengah, SMK (P) Jalan Ipoh merangkul tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Profesional pula, Mohamed Shahril dari Shahril Faisal Design Studio muncul sebagai juara manakala Teh Boon Soon dan Pearly Lim Pei Li, kedua-dua dari Boon Soon Architect ikut rapat merebut tempat kedua dan ketiga.

Melalui pertandingan ini, Schneider menyatakan bahawa rakyat Malaysia memang sangat kreatif dan banyak karya yang dipamerkan memperlihat kemahiran, teknik dan yang paling penting adalah imaginasi dan kreativiti para peserta. Mereka berkata lagi bahawa mereka sangat teruja untuk menerima penyertaan dari golongan pelajar dan professional tersebut dan dengan secara tidak langsung dapat menyediakan satu platform untuk menyerlahkan bakat para peserta.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like