Jadi apakah kanta lekap yang ideal?

Ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan fisiologi kornea yang baik, dan  mudah dikendalikan. Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih kanta lekap yang sesuai adalah keselesaan, kemudahan serta keperluan bergantung kepada gaya hidup pengguna.

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti pemenangnya. Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam.  Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari.

Apabila memilih kanta lekap yang sesuai,ramai berpendapat bahawa kandungan air kanta lekap perlu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang baik, ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari, kerana ini biasanya menyebabkan kekeringan pada akhir hari. Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday adalah berlainan kerana ia meniru lapisan lipid air mata untuk mencegah dehidrasi dan  memberi kelembapan sehingga 16 jam, mendahului kebanyakan jenama kanta lekap utama dalam pasaran hari ini.

Kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata

Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri.  Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi. Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman. Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain.

Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV,  mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Walau bagaimanapun, Alice Tan, Professional Service Manager dari  Bausch + Lomb Malaysia menasihatkan agar menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like