Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.

Untuk itu, SAFI DERMASAFE telah dilancarkan untuk mereka yang mempunyai masalah pada kulit wajah. Ia adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.

Rangkaian Produk Safi Dermasafe 

Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care , SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia. Rangkaian produk SAFI DERMASAFE juga boleh dibeli secara atas talian di https://www.watsons.com.my.

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like