Tahukah anda Nespresso telah membuka Nespresso Concept Boutique yang baharu dan inovatif yang pertama di Malaysia di The Gardens Mall, Mid Valley City? Bagi anda yang ingin merasai dan menikmati pengalaman kopi yang imersif dan mengetaui ilmu yang lebih mendalam mengenai kopi, anda boleh berkunjung ke sini.

Di Nespresso Boutique, para pengunjung berupaya menikmati elemen-elemen yang menggambarkan komitmen mendalam Nespresso terhadap kelestarian dan pendirian terhadap ekonomi yang berkitar – iaitu bersifat pemulih dan berusaha untuk meminimumkan sisa menerusi rekaan yang rapi.

 

Nespresso Boutique yang baharu itu merupakan keraian sebenar kopi serta asal usulnya dan para tetamu boleh melihat sendiri penghargaan ini di seluruh ruang yang ada. Segalanya, daripada palet warna keperangan kopi dan emas yang diinspirasikan daripada crema sehingga ke jubin lantai dan lampu yang menghiasi ruang seperti yang digunakan di ladang-ladang kopi, telah direka teliti untuk mengaitkan butik itu dengan kopi.

Konsep baharu itu juga memaparkan ruang-ruang hijau yang dihiasi pepohon kopi dan pokok-yang rimbun bagi memimik ladang-ladang kopi yang merupakan sebahagian daripada Program Kelestarian Kualiti AAA Nespresso.

Antara pengalaman baharu yang boleh dirasai adalah:

  • Kehadiran Merangsang Deria: Sebaik melangkah ke dalam Nespresso Boutique, Pakar-Pakar Kopi akan memperkenalkan tetamu rangkaian meluas kopi yang ada, membenarkan mereka merasai dengan tangan serbuk-serbuk kopi yang tersedia di dalam sebuah kapsul, menghidu aroma kopi dan diakhiri dengan pengalaman mencuba keenakan minuman kegemaran itu.
  • Penenemuan di Bar: Apabila tetamu meneruskan perjalanan di butik berkenaan sambil meneliti mesin-mesin pintar dan aksesori yang disediakan, seorang Pakar Kopi akan membantu mereka meneroka rangkaian berkenaan dengan lebih lanjut. Mereka boleh merasai dua minuman kopi berbeza secara serentak untuk memahami lebih baik berkenaan pilihan rasa masing-masing dan rangkaian lengkap 24 Grand Crus.

Para tetamu dijemput untuk meneroka Nespresso Boutique di The Gardens Mall, yang akan dibuka kepada umum pada 26 Mei 2018 lepas. Jom tengok gambar-gambar menarik di bawah 🙂

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like