Linola rawat ekzema dan penyakit kulit lain
Linola rawat ekzema dan penyakit kulit lain

Anda mempunyai masalah kulit kering ataupun ekzema? Kulit sentiasa kusam dan gatal-gatal meskipun sudah mencuba pelbagai produk di luar sana? Kami ingin kongsikan jalan penyelesaian terbaik buat anda. Baru-baru ini, produk penjagaan kulit Linola telah dilancarkan di ibu negara.  Linola adalah jenama penjagaan pelbagai kulit farmaseutikal yang dibangunkan oleh Dr. Kurt Wolff di German sejak 1957, dan jenama yang sudah melalui pelbagai penyelidikan dan pengubahsuaian selama beberapa dekad. Hari ini, ia telah menjadi produk penjagaan kulit medikal No.1, dipilih oleh pakar kulit di German.

Dinamakan sempena bahan utamanya, asid linoleik, yang menggalakkan perlindungan hebat, sifat regenaratif dan anti-radang, Linola bukanlah rangkaian produk biasa yang dibuat untuk kulit kering. Produk ini diformulasi dan dihasilkan sepenuhnya di German.

Linola Rawat Ekzema

Linola rawat ekzema dan penyakit kulit lain
Linola rawat ekzema dan penyakit kulit lain

Linola adalah produk yang sangat sesuai untuk pesakit ekzema yang kronik ataupun akut, kerana ia bukanlah untuk membantu dengan penyembuhan sahaja, tetapi ia juga melegakan kegatalan dan keradangan yang datang dengan kondisi tersebut. Ia juga mampu menyelesaikan masalah kulit lain yang lain seperti, kulit kering, kulit kepala gatal, psoriasis dan gosokkan antara kulit.

Losyen Linola, diformulasikan dengan asid linoleik penting dan dibangunkan terutamanya untuk semua jenis kulit kering dan yang sedang mengalami keradangan. Ia mengandungi asid linoleik, minyak sayur yang kaya dan bebas daripada minyak mineral dan silikon. Losyen ini sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan juga pesakit ekzema. Kedudukan No.1 di German dibawah kategori rawatan perubatan yang baik untuk semua jenis kulit kering untuk dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013) adalah testimoni keberkesanan produk.

Produk Linola boleh didapati pada bulan ini esklusif di semua Farmasi Caring di seluruh negara. Produk yang boleh didapati dan harga jualan disenaraikan seperti dibawah:

  • Linola Losyen (200ml) – RM79
  • Linola Mandian dan Basuhan (300ml) – RM69
  • Linola Pencuci Muka(50ml) – RM69
  • Linola Losyen Tangan (75ml) – RM35
  • Linola Losyen Kaki (100ml) – RM55
  • Linola Balsem Perlindungan (50ml) – RM55
  • Linola Syampu Forte (200ml) – RM69
  • Linola Losyen Perlindungan Matahari SPF50 (100ml) – RM79

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like