Artikel asal dari RamenPedas.com. Ikuti laman web mereka untuk lebih banyak resipi menarik

Gyeran Mari (telur gulung) adalah salah satu makanan Korea yang sering kelihatan dalam drama-drama bersiri Korea selain kimchi. Gyeran mari adalah telur gulung yang didadar terlebih dahulu, dengan campuran sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam, atau cili. Ia sebenarnya sama sahaja dengan dadar telur biasa, tetapi untuk rupa ianya lebih menggoda selera dan juga berkhasiat kerana ianya mempunyai campuran aneka sayur-sayuran.

Anda ingin tahu cara untuk membuat gyeran mari? .. mari saya kongsikan Cara Masak Telur Gulung Ala Korea -Gyeran Mari Yang Mudah;

bahan-bahannya:

  • 2-3 telur ayam saiz sederhana;
  • Sedikit garam;
  • Lada secukup rasa;
  • 2 batang daun bawang, potong halus-halus;
  • 1 batang lobak merah-dipotong dadu;
  • Bayam secukupnya – atau apa-apa sahaja sayuran yang ingin ditambah;

Cara-cara membuatnya:

Ketepikan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil tadi,

Sediakan kuali anti lekat, masukkan 1 sudu minyak , ratakan minyak tadi dengan menggunakan tisu,

Pukul 2 biji telur , kemudian masukkan, sayur-sayuran tadi dan daun bawang serta garam dan lada secukup rasa,

Panaskan kuali, tuang telur tadi dalam kuali anti lekat, ratakan sayur-sayurnnya, api dikecilkan.

1

Jika telur sudah setengah masak, namun belum masak atasnya, bolehlah mulakan gulungan daripada hujung  telur. tinggalkan  sedikit  ruang kosong dihujung telur.

2

Pukul  lagi telur yang masih berbaki , tambah sedikit garam, dan tuang ke dalam kuali tadi di bahagian yang kosong agar sebati dengan hujung telur yang belum dilipat itu.

Setelah setengah masak, lipat terus daripada telur yang sudah dilipat tadi sebelumnya sehingga seluruh telur bergulung.  Masak sedikit lagi , bolehlah diangkat.

3

Kemudian bolehlah dipotong  dan lihatlah betapa cantiknya sayur-sayuran yang berada di lapisan gulungannya itu. Sedia untuk dihidang, yummy.

Haa senang kan.. selamat mencuba, gerenti sedap dan menyelerakan, pasti terasa seperti dalam drama Korea, makan telur gulung dengan Oppa.

 

Artikel asal dari RamenPedas.com. Ikuti laman web mereka untuk lebih banyak resipi menarik

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like