Dewi ingin berkongsi dengan anda review dan first impression produk formulasi terbaharu dari jenama kecantikan Mary Kay iaitu Mary Kay  TimeWise® Replenishing Serum+C®.

Mary Kay Serum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, serum kaya antioksidan ini dikuasakan dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi. Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan dan definisi kulit.

Apa pentingnya pengambilan Vitamin C untuk kulit?

Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kulit. Kadar Vitamin C yang amat tinggi di dalam serum mampu meningkatkan pengeluaran kolagen. Dengan bantuan kolagen yang kini lebih banyak dalam kulit, ia mengisi garis-garis halus dan kedutan yang seterusnya menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Selain itu, pekatan Vitamin C dalam serum banyak membantu dalam meningkatkan kadar lembapan dan memelihara kulit supaya kekal terhidrat.

 

First impression

  • Tekstur produk: Selepas aplikasi pada kawasan tangan dan juga kulit muka, Dewi dapat rasa serum ini ringan dan tidak melekit. Selain itu juga, untuk serapan maksimum serum pada kulit, pastikan anda bersihkan wajah dengan baik, sapukan toner, kemudian pakai serum dan akhir sekali gunakan pelembap berbeza untuk waktu siang dan malam. 
  • Keberkesanan: Selepas 2 minggu penggunaan, kulit akan nampak lebih anjal, tona lebih sekata,kulit mereka kelihatan tegang dan lebih ‘bertenaga’. 
  • Packaging / Pembungkusan: Produk ini tampil dengan botol pam tanpa udara yang inovatif. Ia memastikan tiada udara yang terperangkap di dalam botol dan pegguna yakin mereka mendapat produk yang kekal segar secara maksimum dengan setiap penggunaan. Selain itu juga ia mempunyai tanda di tepi untuk penggunaan selama 6 minggu. 
  • Harga: RM280 untuk 44ml. Agak tinggi tetapi Dewi yakin kualiti produk ini setanding dengan harganya.

 

Bahan-bahan: Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C mengandungi bahan bermanfaat seperti;

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Ekstrak buah delima (Punica granatum). Buah delima dianggap sebagai “superfruit” kerana jumlah kandungan vitaminnya yang tinggi. Ia turut mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan. Buah delima telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk membantu mengurangkan kesan stres oksidatif. Ekstrak buah Plum Kakadu (Terminalia ferdinandiana) didapati dari buah plum kakadu, yang dilaporkan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang paling tinggi
  2. Ekstrak buah Camu Camu (Myrciaria dubia) didapati dari buah yang dikatakan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang kedua tinggi dalam dunia buahan. Pokok camu camu tumbuh di hutan malar hijau di Amerika Selatan.
  3. Ekstrak buah ceri Acerola (Malpighia punicifolia). Buah ceri acerola memang kaya dengan vitamin A and C. Buah ini mempunyai kuasa antioksidan yang tinggi.
  4. Ekstrak buah beri Black Currant (Ribes nigrum). Buah beri black currant mengandungi kadar vitamin C yang tinggi berserta vitamin dan mineral yang lain.
  5. Ekstrak bijian Argan (Argania spinosa) adalah ekstrak botanikal yang didapati daripada pokok argan. Ia hanya ditemui di Afrika.

Cara Penggunaan 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Sapukan rata ke muka anda TimeWise®Replenishing Serum+C® yang dipam sebanyak tiga kali dengan pergerakan atas dan luar.
  2. Gunakan tiga pam pada waktu gagi dan tiga pam di waktu malam. (Serum ini boleh digunakan juga di leher dan kawasan atas dada (décolleté), tetapi ini mungkin memerlukan tambahan serum.)
  3. Elakkan kawasan mata.

Pembelian dan info lanjut

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® boleh dibeli bermula 1 Januari 2018 pada harga RM280 / 44ml. Untuk belian TimeWise® Replenishing Serum+C®, sila hubungi 03-77117634.

Facebook: https://www.facebook.com/MaryKay.com.my/

Instagram:

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like