Serum merupakan elemen terpenting di dalam penjagaan wajah seseorang. Selepas mencuci wajah, serum harus diaplikasi sebelum meletakkan pelembap untuk memastikan wajah sentiasa segar dan berseri sepanjang hari.

Jenama produk kecantikan dari Korea Selatan, Innisfree baru-baru ini telah mengumumkan produk terbaik mereka iaitu Innisfree The Green Tea Seed Serum telah terjual sebanyak 10 juta botol di seluruh dunia.

Apa yang perlu anda tahu mengenai Innisfree The Green Tea Seed Serum

  • Serum ini mampu melembapkan kulit anda selepas 3 saat aplikasi pada wajah.
    Innisfree The Green Tea Seed SerumInnisfree The Green Tea Seed Serum
    Innisfree The Green Tea Seed Serum
  • Diperbuat daripada esen teh hijau organik dari Jeju dan juga biji teh hijau yang mempunyai kandungan asid amino dan mineral yang tinggi.
    Innisfree The Green Tea Seed Serum
    Innisfree The Green Tea Seed Serum
  • Dual Moisture-Rising Technology ™ yang berasal dari teh hijau dan minyak biji teh hijau
    Innisfree The Green Tea Seed Serum
    Innisfree The Green Tea Seed Serum
  • Teh hijau segar yang mampu menghidrat kulit anda sebanyak dua kali ganda.

Cara penggunaan produk ini pun mudah sahaja. Anda hanya perlu pamkan sedikit serum pada tapak tangan dan urut lembut pada seluruh wajah. Anda boleh nampak perbezaan pada kulit wajah anda selepas beberapa saat.

Review Innisfree The Green Tea Seed Serum

Kami sukakan teksturnya yang cepat kering apabila disapukan pada kulit. Selain itu juga kulit akan terasa lembap hingga keesokan harinya. Untuk bau pula, memang best ( bau green tea ) dan ianya tidak melekit. Pam pada botol serum juga mudah digunakan dan botolnya juga kecil, mudah dibawa ke mana-mana.

Harga Innisfree The Green Tea Seed Serum

Setiap botol 80ml dijual pada harga RM105.50. Anda boleh dapatkan Innisfree The Green Tea Seed Serum  di semua outlet Innisfree di seluruh negara ataupun boleh didapatkan secara dalam talian di Lazada ataupun di Hermo.my

Rangkaian Innisfree Green Tea Line

Bagi yang ingin mendapatkan set lengkap Innisfree Green Tea Line, setiap set lengkap ini mengandungi:

  • Innisfree The Green Tea Seed Serum
  • Innisfree Green Tea Balancing Skin
  • Innisfree The Green Tea Balancing Lotion
  • Innisfree The Green Tea Seed Eye Cream
  • Innisfree The Green Tea Seed Cream

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

Facebook: https://www.facebook.com/innisfreeMYS/

Instagram: https://www.instagram.com/innisfree_malaysia/?hl=en

Website: http://www.innisfreeworld.com/

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like