Bagi anda yang mencari sabun organik dan yang menggunakan bahan esklusif dari Jepun, hari ini saya ingin memperkenalkan anda dengan jenama sabun Tokyo Organic Treatment Soap. Kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai kulit yang sensitif terutamanya bahan yang terdapat di dalam produk yang kita pakai, kan? Jadi apa jalan penyelesaiannya?

Saya telah diberikan sebuku sabun Tokyo Organic Treatment Soap ini untuk dicuba di rumah memandangkan saya mempunyai kulit yang sensitif semasa mengandung. Memang teruk juga jerawat di badan saya terutamanya di bahagian belakang badan. ( hehe sorry tak boleh nak tunjuk gambar ).

Sabun Tokyo Organic Treatment Soap ini menggunakan bahan terpilih organik dari Jepun yang dijamin tiada paraben, pewarna dan pewangi sintetik. Ia juga diproses menggunakan teknologi terkini dari Jepun dengan kawalan yang ketat. Jadi tak ada isu repackaging produk di sini kerana ianya MADE IN JAPAN dan dikeluarkan oleh orang Malaysia di sana.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan sedikit keistimewaan dan manfaat Tokyo Organic Treatment Soap:

  • Membersihkan kulit dari kotoran
  • Membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
  • Kurangkan parut jerawat
  • Sekatakan warna kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Kulit wajah lebih bersinar dan nampak lebih glowing.
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Anti penuaan

Antara bahan yang terdapat di dalam Tokyo Organic Treatment Soap ini termasuklah:

  • Mineral Gunung Berapi – memudarkan parut jerawat, pertumbuan sel kulit baru, bersihkan liang pori, melembutkan kulit
  • Ekstrak Bunga Sakura –  bahan anti oksida untuk awet muda, membersihkan toksin, mengurangkan jeragat.
  • Vitamin C – sekatakan tona kulit wajah, bahan pelindung dari sinar UV, membaiki tekstur kulit wajah
  • Ekstrak Ros Bulgaria – bahan antibakteria, antiseptik, membantu menghilangkan kemerahan pada kulit, anti penuaan
  • Esktrak Akar Mulberi Putih – bahan antioksidan dan anti penuaan, membantu mencerahkan kulit wajah
  • Ekstrak Lavender – membantu menyembuhkan kulit dan parut, memperlahankan penuaan
  • Kolagen – menganjalkan kulit wajah dan awet muda

Bagaimana Tokyo Organic Treatment Soap ini dihasilkan?

Pernah dengar cold press tak? selalunya bahan seperti minyak argan asli melalui proses cold press untuk mengeluarkan esktrak minyak dari biji argan, sama juga macam Tokyo Organic Treatment Soap ini. Ia menggunakan proses penyejukan perlahan dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Produk Review

Saya telah menggunakan sabun ini dalam masa sebulan lebih dan alhamdulillah, kesan jerawat di belakang badan memang beransur hilang ye. Kena konsisten juga, maklumlah tengah mengandung ni takut juga cuba produk yang ada benda bukan-bukan kat dalam dia. Jadi bila dapat review Tokyo Organic Treatment Soap, saya teruja disebabkan bahan yang digunakan adalah bahan natural dan organik serta dari Jepun.

Walaupun sabun ini sabun buku dan mungkin ada yang risau jika sabun ini akan cair jika terdedah dalam jangka masa lama di kawasan berair di dalam bilik air, NO NEED TO WORRY. Tak perlu risau! Oleh kerana sabun ini dah melalui proses cold press, sabun ini tak mudah cair atau larut dan mampu menyimpan kelembapan maksima.

Cara nak pakai mudah je, saya gosokkan sabun pada bath ball or shower ball untuk mendapatkan buih maksimum dan sental badan sehingga bersih. Sabun ini juga memang boleh digunakan di bahagian wajah, memang tak rasa kering langsung lepas pakai. Yang bestnya disebabkan sabun ni tak ada pewangi dan paraben, jadi tak adalah bau-bau pelik keluar bila menggunakan sabun ini.

Yang bestnya sabun ini mempunyai tarikh pembuatan dan tarikh luput ( boleh digunakan sehingga 3 tahun selepas dibuat ) dan saiznya pula adalah seberat 60gram. Saya rasa boleh tahan lebih dari 1-2 bulan ni. Harganya pula adalah RM59.00 untuk satu sabun.

Terima kasih Tokyo Organic dan Naturactor Collection untuk sabun best ini! InsyaAllah dah habis saya topap baru sabun ni. Kalau anda semua nak cuba sabun organik ni, anda boleh ke:

Website: www.naturactorcollection.com

Instagram: instagram.com/tokyoorganic_officialHQ

Facebook: https://www.facebook.com/tokyoorganicHQ/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

7 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like