Bila sebut pasal dUCk, apa perkara pertama yang berada di fikiran anda?  Mungkin Vivy Yusuf dan suaminya Fadza? Atau mungkin cetusan kontroversi yang mengatakan tudung  dUCk terlalu mahal? Tapi, alah membeli menang memakai, tak gitu?

Kami percaya ada di antara anda yang sama seperti kami, yang tak sangka sebenarnya dUCk bukan cuma penjenamaan untuk tudung atau hijab, tetapi juga beberapa barangan yang bukan tudung. Nak tahu, apa lagi produk yang berada di bawah jenama dUCk? Ini senarainya:

1. Kalendar Meja dUCk

Setiap pembelian kalendar meja yang berharga RM180 ini akan disertakan dengan kotak dUCk (yang juga popular) serta kad ucapan peribadi dari D (individu yang sering mengemaskini akaun sosial dUCk). Bukan itu saja, juga ada easel yang disalut dengan warna ros keemasan!

2. The Alphabet Tote Bag

 

The Alphabet Tote bags diperbuat dari kanvas berkualiti tinggi diperincikan dengan kulit pada bahagian pemegang. Bukan itu saja, ada cetakan monogram beserta ikon itik bermaterialkan perak. Warnanya dari warna yang ceria, sesuai untuk pemakaian harian. Tapi kalau nak pakai hari-hari, harus dengan kasih sayang, sebab harganya RM400 ya.

3. The KL Tote Bag

Diperbuat dari kanvas berkualiti tinggi, dengan pemegang dan plak depan dari kulit asli, beg ini antara aksesori yang para dUCkers harus ada. Fokus rekaannya sudah tentulah KLCC, beg ini jenis beg berzip dan berpenutup magnetik. Sesuai dipakai setiap hari disamping warna-warnanya yang memang comel. Harganya, ekhem, RM400

4. Tuala dUCk

Gambar: Fashionvalet.com

Satu set tuala dUck ini mengandungi tiga tuala dengan saiz berbeza; tuala muka, tuala tangan dan tuala mandi. Diperbuat dari kapas 100%, terdapat logo silhouette itik pada setiap tuala. Harganya dari RM190.01, dan boleh didapati dalam empat variasi logo. Ini barulah tidur mandi bangun dUCk!

5. Buku Planner dUCk dan Refill

Walaupun sekarang sudah pertengahan tahun, dan buku planner dUCk ini pun dah sold out, kami tetap mahu kongsikannya dalam senarai barangan dUCk yang kamu patut tahu. Planner ini ada dalam 6 warna berbeza, ada poket di bahagian dalam jadi senang nak simpan kad atau resit. Kalau dah habis tulis? Tak perlu risau kerana ada dUCk Planner Refill! Peh!

Diperbuat dari kulit PU, anda boleh pilih samada nak beli buku kosong atau buku bergaris. Kalau nak beli sekarang tak adalah, kena tunggu tahun depan atau bila ada restok.

Harga buku planner dUCk RM150, manakala refillnya pula berharga RM10 sahaja.

6. Set kad ucapan dUCk

Kalau tak dapat belikan sanak saudara tudung dUCk, poskan kepada mereka kad ucapan dUCk pun best sangat dah! Satu set kad ucapan dUCk mengandungi 6 keping kad dan sampul surat dan nota yang nakal dan kelakar. Harga untuk satu set RM70.

7. Pad nota bermagnet dUCk

Dalam satu set pad nota dUCK ini, ada dua pad bermagnet, jadi anda boleh lekat di mana-mana seperti di peti ais, kereta dan peti duit. Pad nota dUCK ini boleh didapati dalam empat warna, dilengkapi dengan pensel. Pensel pun ada logo dUCK ya? Kertasnya dari jenis berkualiti (100gm) dan harganya RM40.

8. The Alphabet dUCK Twillies

Penulis pada mulanya kurang pasti di mana harus dipakai twillies ini. Rupa-rupanya ia bersifat versatile, boleh dipakai di kepala (seperti reben), atau dililit di bahagian pemegang beg, atau sebagai perhiasan di leher. Twillies diperbuat dari sutera satin berkualiti, didatangkan bersama kotak dan diperincikan dengan ikon itik perak. Harganya RM120.

9. Buku Nota The Alphabet

Bosan dah bebel kat Twitter dan blog? Nak sesuatu yang menawarkan lebih privasi? Belilah buku nota The Alphabet ni. Bersaiz B6, ada 76 mukasurat dengan kertas yang tebal dan ada penanda buku dari riben. Harganya cuma RM40.

10. Pelekat Planner dUCk

Pelekat atau sticker dUCk ini boleh digunakan di dUCk planner, atau di mana saja anda suka. Boleh didapati dalam 4 tema berlainan, setiap satu set mengandungi 3 helaian stickers. Lekat banyak-banyak di mmtaa muka? Gurau je (Reference: Video tular budak darjah lima yang marah budak darjah tiga tanpa sebab yang jelas).

Satu set pelekat dUCK berharga RM10. Barangan dUCk paling murah dalam rangkaian jenama ini.

11. Penyangkut Baju dUCk

Ya, anda tak salah baca. Anda juga boleh memiliki penyangkut baju atau hanger berjenama dUCk. Diperbuat daripada kayu, setiap set berharga RM35 ini mengandungi lima batang penyangkut baju.

12. Beg skaf dUCk

The Signature Scarf Bag
The ROyal dUCk Scarf Bag

Sayang sangat kat tudung-tudung dUCk yang anda ada? Itu maksudnya anda wajib miliki beg skaf dUCk ini. Beg ini boleh muat 8 helai tudung dUCK atau dua kotak ungu dUCk. Terkini, anda juga boleh memilik The Royal dUCk Scarf Bag, di mana jika dibandingkan dengan beg skaf The Signature, The Royal dUCk Scarf Bag ini dihiasi dengan elemen bunga dan ada 4 pilihan warna manakala The Signature Scarf Bag cuma didatangkan dengan warna ungu sahaja. Harganya, RM90 untuk The Signature Scarf Bag dan RM190.01 untuk The ROyal dUCk Scarf Bag.

Jika anda mahu memiliki salah satu produk dan aksesori dUCk ini, tempat yang paling tepat untuk anda membuat pembelian adalah di fashionvalet.com. Kalau beli, jangan lupa kami di sini!

Gambar: The dUCk Group & Fashionvalet.com

4 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like