The School Jaya One sekali lagi bakal menjadi tuan rumah Shichi-Go-San, upacara tradisional Jepun untuk kanak-kanak perempuan berusia tiga dan tujuh tahun, dan kanak-kanak lelaki berumur tiga dan lima tahun. Upacara doa mengikut istiadat Jepun akan dilakukan oleh tetamu istimewa, Takebe Masahide, seorang ketua agama dari Ikimi Tenmangu, kuil tertua di Kyoto, Jepun. Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka belajar dan mengalami sendiri pengalaman di festival kebudayaan ini pada 4 dan 5 November di The School Jaya One dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

“Kami sangat gembira kerana menjadi tuan rumah festival ini buat kali kedua. Budaya Jepun adalah indah dan menitikberatkan kekeluargaan dan penyatuan komuniti, di mana ini juga merupakan pegangan The School. Kami berharap aktiviti keluarga ini adalah cara yang terbaik mendidik anak-anak belajar tentang budaya lain dan memupuk rasa ingin tahu mereka, ” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju The School oleh Jaya One.

Secara tradisinya, Shichi-Go-San diadakan setiap tahun pada 15 November di mana ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke rumah ibadah untuk mendoakan kesihatan mereka. Semasa majlis tersebut, kanak-kanak perempuan akan berpakaian kimono dan kanak-kanak lelaki memakai seluar Hakama dengan jaket Haori dan membawa gula-gula nipis panjang yang dikenali sebagai “chitose-ame”, dipercayai membawa nasib baik. Ia biasanya dibawa dalam beg yang dihiasi dengan cranes dan kura-kura yang  melambangkan kehidupan yang panjang.

Acara simbolik selama dua hari ini akan menyaksikan suasa di The School berubah menjadi bertemakan Jepun, sesuai untuk foto sekeluarga, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua kanak-kanak termasuk pakaian kimono, kelas origami, seruling, soba dan membuat sushi, serta belajar tentang seni dan kraf Jepun. Selain itu, tarian Rakyat Jepun & tarian kebudayaan Kanak-kanak pun turut akan diadakan. Tidak ketinggalan persembahan memotong ikan tuna dan salmon serta lelongan di mana ibu bapa mempunyai peluang untuk membida kepingan salmon tersebut.

Perayaan ini turut mendapat sokongan oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, I Am Nikon, Yaezakura Traditional Music & Dance Group Jepun, Jetro dan Gemini Creation.

Ibu bapa boleh mendaftar anak-anak mereka untuk majlis doa dan menempah slot masa di bit.ly/753theschool.

Berikut adalah itirenari aktiviti Sichi-Go-San beserta harga slot:

 

Selain daripada itu, dua aktiviti lain yang tidak kurang menariknya juga bakal diadakan di The School iaitu School of Collector (18 – 19 Nov) dan Kuala Lumpur Mini Maker Faire (25 – 26 Nov).

School of Collector adalah acara jualan barang-barang antik dan vintage seperti koleksi CD, permainan, tshirt dan kaset. Kuala Lumpur Maker Faire pula adalah  adalah acara untuk mereka  yang berminat dan ingin berkongsi apa yang dapat mereka boleh lakukan. Daripada jurutera, artis, para saintis sehinggalah pengusaha, Maker Faire adalah tempat untuk “pembuat” untuk menunjukkan hobi, eksperimen dan projek mereka.

Maklumat lanjut tentang kesemua aktiviti ini boleh didapatkan dengan lebih lanjut di laman web jayaone.com.my ataupun di Facebook rasmi mereka, TheSchool.MY.

 

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like