Nando's Malaysian Grillers Challenge 2017
Nando’s Malaysian Grillers Challenge 2017

Ayam PERi-PERi di restoran Nando’s merupakan ayam kegemaran rakyat Malaysia kerana ayamnya yang berjus, lazat dan pedas — sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Membakar ayam di Nando’s bukan semudah yang disangka kerana Nando’s mementingkan kualiti dan rasa ayam serta warna ayam selepas dibakar haruslah memenuhi kriteria yang Nando’s tetapkan.

Best Malaysian Griller

Nando's Malaysian Grillers Challenge 2017
Nando’s Malaysian Grillers Challenge 2017

Pada bulan September depan, pertandingan mencari griller terbaik iaitu BEST MALAYSIAN GRILLER akan diadakan dimana peserta yang merupakan pekerja di 73 buah restoran Nando’s seluruh Malaysia berentap merebut gelaran pembakar ayam terbaik. Ia merupakan kaedah menarik dan memastikan bahawa para pelanggan akan sentiasa menerima hidangan berasaskan ayam berkualiti terunggul yang dimasak sempurna setiap kali pelanggan menikmati sajian di restoran Nando’s. 4 aspek dititikberatkan iaitu Penampilan Peserta, Kebersihan & Penyediaan Ayam, Gril Permulaan & akhir serta Rasa & Persembahan.

Nando’s Perlukan ‘Chicken Expert’

Nando's Malaysian Grillers Challenge 2017
Nando’s Malaysian Grillers Challenge 2017

Nando’s mencari individu yang benar-benar menikmati ayam panggang api PERi-PERi Nando’s untuk menyertainya sebagai hakim rasa. Pertandingan ‘Chicken Expert’ bagi mengenalpasti pakar ayam Nando’s yang paling sesuai berdasarkan satu temuramah online interaktif. Pemenang akan menyertai Stepen Chew sebagai hakim rasa dan bakal diterbangkan ke Afrika Selatan. Bagi yang ingin menyertai pertandingan ini, anda perlu layari www.nandoschickenexpert.com.

 

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like