Acara promosi mega Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), “In Style • Hong Kong” sedang berlangsung di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Dua acara kemuncak kempen, Simposium In Style • Hong Kong dan Ekspo In Style • Hong Kong, dilancarkan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia; Rimsky Yuen, Setiausaha Keadilan, Kerajaan Hong Kong SAR; dan Vincent HS Lo, Pengerusi HKTDC, masing-masing menyampaikan ucapan di majlis pelancaran pagi ini.

Pameran kelebihan pelbagai aspek Hong Kong


Kempen promosi mega In Style • Hong Kong bertujuan untuk mempromosikan kelebihan pelbagai aspek Hong Kong. Acara utama termasuk Simposium, yang mengetengahkan perkhidmatan profesional Hong Kong, dan Ekspo yang mempamerkan produk-produk daripada jenama-jenama utama Hong Kong.

RE Camera

Simposium ini telah menjemput beberapa pemimpin perniagaan Hong Kong dan Malaysia serta pegawai kerajaan untuk mempromosikan kekuatan perkhidmatan profesional Hong Kong. Simposium utama telah menampilkan Profesor Royce Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif, MaLogic; Joseph Phi, Presiden, LF Logistics; Kevin Huang, Ketua Pegawai Eksekutif, Pixels Ltd; dan Nicholas Ho, Timbalan Pengarah Urusan, hpa. Para penceramah ini telah mengupas bagaimana syarikat perkhidmatan Hong Kong boleh membantu syarikat-syarikat Malaysia mengembangkan perniagaan mereka. Lima sesi tematik berlangsung selepas simposium utama, meliputi topik-topik seperti e-dagang, Teknologi Kewangan @ Fintech, Bandar Pintar, Reka bentuk dan Pemasaran Inovatif, dan Pengurusan Risiko Undang-undang dalam Perdagangan Antarabangsa.

Di samping itu, sebuah zon sokongan perniagaan ditubuhkan di tempat simposium, yang mana sekumpulan pembekal perkhidmatan profesional Hong Kong daripada sektor perakaunan, perundangan, pemasaran, kewangan dan perniagaan telah menawarkan konsultasi di tapak secara percuma.

Ekspo dua hari (7-8 November) direka untuk pembeli dan wakil, daripada pengimport, pengedar, peruncit, ejen jenama, francais, kedai serbaneka dan kedai khusus di Malaysia dan negara-negara jiran, mendapatkan produk bergaya yang dihasilkan oleh syarikat Hong Kong . Ekspo ini menampilkan 40 peserta pameran yang mempamerkan jenama Hong Kong dalam sektor-sektor seperti peralatan elektronik untuk kediaman, hadiah dan premium, aksesori fesyen dan jam tangan, serta produk mesra alam. Di samping itu, Ekspo ini turut mempamerkan pelbagai produk yang memenangi anugerah daripada acara Anugerah Rekaan Pintar Hong Kong bagi mempamerkan keupayaan kreatif dan reka bentuk Hong Kong.

Laman sesawang In Style • Hong Kong: www.instyle-hk.com
Senarai Simposium & Penceramah In Style • Hong Kong: http://symposium.instyle-hk.com
Ekspo dan Senarai Pempamer In Style • Hong Kong: http://expo.instyle-hk.com
Promosi Seluruh Bandar In Style • Hong Kong: http://citywide.instyle-hk.com

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like