Jika anda ingin menguatkan rambut dan mahu mempunyai rambut yang sihat dan mudah diurus, pastinya anda perlu mencuba Syampu Teh Hijau dari Follow Me yang telah diperbaharui dengan wajah baharu.


Syampu yang diperkaya dengan Vitamin C dan E ini mampu memberi perlindungan folikel rambut dan memastikan rambut sentiasa licin dan lembut. Ekstrak Teh Hijau pula membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan gabungan pelbagai ekstrak tumbuhan semulajadi bersama antioksida melindungi rambut daripada radikal bebas untuk menguatkan akar rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah penipisan rambut.


Syampu Follow Me Teh Hijau terdapat di dalam 5 variasi iaitu syampu 6 dalam 1, anti kelemumur, anti rambut gugur, lembut dan licin dan juga penjagaan kulit kepala. Selain itu terdapat dua varian perapi iaitu anti-rambut gugur dan lembut & licin dan mempunyai manfaat yang tersendiri.

Kedua-dua syampu (320ml/650ml) dan perapi (320ml/650ml) Teh Hijau dengan formulasi diperbaharui ini dijual pada harga RM10.90 dan RM18.90 setiap satu. Ia juga boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi terpilih bermula September 2017.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :

Laman web

www.tohtonku.com.my

Facebook

www.facebook.com/followmefollowlove

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like