Kalau dahulu kami pernah kongsikan tentang Tanamera Brown Soap – sabun anti radang dan anti bakteria, kali ini kami ingin kongsi produk Tanamera yang dikhususkan untuk bayi, iaitu Tanamera Kidz Range. Seperti produk-produk untuk orang dewasa dan kaum ibu, produk yang terdapat dalam rangkaian Kidz Range ini juga  diperbuat dari bahan-bahan natural, organik dan mentah dari alam semulajadi. Tiada bahan pengawet, pewangi tiruan mahupun bahan kimia terlarang dalam produk Tanamera menjadikan ia sesuai digunakan oleh si kecil anda.

Rangkaian Kidz Range ini terdiri dari:

Syampu dan pencuci badan. 

Ia mengandungi ekstrak tumbuhan seperti rosemary, gotu kola, licorice, knotweed Jepun, Baikal skullcap, teh hijau dan chamomile Jerman. Syampu Tanamera untuk kanak-kanak ini mengandungi bahan anti-oksida, anti-radang dan immunomodulatory yang bagus untuk mengelakkan kerengsaan kulit; sesuai digunakan untuk bayi ketika mandi dengan kesan yang menenangkan dan melegakan. (Harga dari RM40.80)

Pelembap badan

Pelembap badan mengandungi ekstrak tumbuhan seperti rosemary, gotu kola, licorice, knotweed Jepun, baikal skullcap, teh hijau, chamomile Jerman dan minyak kelapa dara organik yang melembapkan. Sama seperti syampu Tanamera, ia mengandungi bahan anti-oksida, anti-radang dan immunomodulatory yang boleh mengurangkan iritasi kulit (Harga dari RM49.50).

Baby Spot Massage

Minyak bayi ini diformulakan untuk mengurangkan kembung perut dan memanaskan badan. Ia diperbuat dari minyak kelapa sawit, minyak kelapa dara dan campuran bahan organik lain seperti bawang, halia, kunyit dan sebagainya. Cara gunakan pun senang, cuma tuang setitik dua dan urut di perut bayi anda. (Harga dari RM23.80)

Baby Full Body Massage

Minyak ini pula adalah campuran minyak matahari, minyak jojoba, minyak kelapa dara dan minyak anggur. Ianya harum kerana ada titisan minyak haruman oren, cajeput dan May Chang. Sesuai digunakan untuk mengelakkan bayi dari radang dan bakteria. Untuk menggunakannya, letakkan beberapa titis minyak di tapak tangan, gosok untuk panaskan minyak dan urut pada bayi. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda regangan pada para ibu. (Harga dari RM37.00)

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Tanamera, anda boleh ke:

Website: https://tanamera.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/TanameraSpa

Instagram: https://www.instagram.com/tanamera_my

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like