adidas Football telah mengumumkan Telstar 18 sebagai bola rasmi untuk Perlawanan Piala Dunia FIFA 2018  yang bakal berlangsung di Rusia. Bola Telstar 18 akan digunakan oleh pemain terbaik dunia dalam merebut kemenangan dalam acara bola sepak terunggul  yang bakal diadakan pada musim panas akan datang.

Telstar 18 baru adalah rekaan reimaginasi dari bola sepak pertama, Telstar yang dikeluarkan oleh adidas pada Piala Dunia FIFA pada kejohanan 1970 di Mexico. Nama bola ini adalah dari prestasinya sebagai ‘bintang televisyen’. Bola pertama yang dihiasi dengan panel hitam, coraknya direka untuk kelihatan menonjol apabila diperlihatkan dalam skrin televisyen hitam dan putih, dan ini telah mengubah dunia rekaan bola sepak.

Bola ini mempunyai karkas baru yang mengekalkan sisi terbaik dari Brazuca, Bola Sepak Perlawanan Rasmi Piala Dunia FIFA 2014, serta mempunyai teknologi baru untuk memaksimumkan prestasi.

Telstar 18 telah melalui ujian yang ekstensif untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan pemain terbaik di dunia. Beberapa pihak di peringkat kebangsaan dan kelab terkemuka telah terlibat dalam proses ujian tersebut termasuklah Argentina, Colombia, Mexico, Manchester United, Juventus, Real Madrid dan Ajax.

Perbezaannya berbanding bola Perlawanan Rasmi masa lalu, rekaan barunya mempunyai ciri-ciri cetakan logam dan kesan grafik bertekstur, direka untuk memberikan prestasi dan ketahanan yang maksimum samada di stadium mahupun di jalanan. Kemampanan menjadi tumpuan utama Telstar 18, dengan unsur-unsur termasuk kitar semula bahan dan pembungkusan.

Telstar 18 juga dilengkapi dengan cip NFC, dan penggunaan cip adalah kali pertama dalam sejarah FIFA – menjadikannya bola Piala Dunia yang paling inovatif hingga kini. Cip ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan bola menggunakan telefon pintar. Apabila berinteraksi, setiap bola menjana pengenal unik, memaparkan kandungan dan maklumat eksklusif untuk pengguna. Pengalaman peribadi berasaskan lokasi ini juga akan menunjukkan butir-butir spesifik setiap bola dan memberikan akses kepada cabaran untuk memasuki run-up Piala Dunia.

Roland Rommler, Category Director Football Hardwarel, berkata: “Telstar yang asal adalah salah satu bola yang paling ikonik sepanjang zaman dan yang telah membuat perubahan dalam dunia reka bentuk bola sepak, jadi membangunkan Telstar 18 sambil mengekalkan keaslian model asal adalah cabaran yang sangat menarik untuk kami. Struktur panel baru dan kemasukan cip NFC telah membawa inovasi bola sepak dan rekaan bola ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan kepada para pengguna dan pemain pengalaman yang baru dan berlainan.”

Telstar 18 boleh didapati di  semua gedung global adidas dan secara online di www.adidas.com/football/

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like