Tempat duduk mana yang paling teruk dalam kapal terbang tambang murah? Kalau anda duduk di ruang ekonomi, sudah tentu kamu nak jawap, “Kesemuanya teruk.” Ya memang benar, tempat duduk dalam penerbangan murah biasanya sempit dan tidak selesa. Tetapi sebenarnya, ada tempat duduk yang dianggap paling teruk antara semua tempat duduk kelas ekonomi yang ada. Yang mana satu?

Tempat duduk paling belakang

  • Jika kamu dapat tempat duduk paling belakang, kerusi kamu tidak boleh dibaringkan. Besar kemungkinan juga tempat duduk anda tidak ada tingkap.
  • Selain daripada itu, jika kedudukan anda duduk adalah di belakang, biasanya ia berdekatan tandas. Anda akan mudah terganggu bila penumpang lain ulang-alik menggunakan tandas, terutama bila penerbangan jauh dan anda perlukan tidur. Bukan itu sahaja, bayangkan bau-bauannya pula?
  • Kedudukan paling belakang bermaksud anda hampir dengan kawasan pramugari masak. Anda akan merasa pening bila bau masakan dan bau tandas bercampur.
  • Kalau berlakunya gegaran akibat angin atau ribut, kamu yang duduk di belakanglah akan terasa sekali.
  • Dan kalau kamu ada penerbangan sambungan dan kamu mengejar masa, kamu jugalah yang akan keluar paling lambat dari kapal terbang. Pergh, masak jugak nak tunggu giliran nak keluar tu!

Tempat duduk tengah

  • Tempat duduk tengah boleh dikategorikan sebagai tempat duduk yang leceh, terutama jika penerbangan kamu mengambil masa berjam-jam lamanya. Kamu tak dapat tengok keluar tingkap sebab ada kepala lain kat sebelah, dan nak tidur lena pun susah sebab kalau si dia yang duduk di tepi tingkap tu nak ke tandas, dengan ruang sempit itu susah-susah kamu nak beri laluan.
  • Kamu juga akan keliru, sebenarnya tempat letak tangan mana satu yang kamu punya, kiri ke kanan? Tapi dalam kebanyakan situasi, kedua-duanya sudah di’conquer’ oleh penumpang di kiri kanan kamu. Terpaksalah kamu kejung sahaja.

Namun begitu, ada juga kelebihan kalau kamu terkena tempat duduk belakang. Menurut kajian, kalau berlaku kemalangan, tempat duduk belakang ada peluang survival yang agak tinggi berbanding tempat duduk yang lain. Dan juga, jarang sekali orang mahu duduk di belakang. Kalau takde orang, bolehlah kamu kuasai semua kerusi yang kosong!

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Tips & Cara-cara Bancuh Simen

Sebagai wanita, kita harus tahu perkara asas dalam pembinaan. Mana tahu satu hari nanti nak buat rumah atau nak simen batu-bata ke?