Anda dah cuba Nitro Cold Brew baharu di The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL)? Kalau belum, anda boleh berkunjung ke rangkaian cafe ini sekarang. Mana tidaknya, kali ini, mereka memperkenalkan minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea yang menggabungkan rasa unik dari Barat dan Timur dengan campuran bahan-bahan berkualiti tinggi. Minuman ini adalah teh hijau yang menyegarkan serta ditambah dengan haruman bunga melur serta rasa masam-manis buah pic.

Apa keistimewaan  minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea?

  • Teh Hijau yang hanya dipetik di antara bulan Jun dan Ogos, didatangkan khas dari ladang keluarga di China yang berusia lebih 100 tahun. Bagi menjamin kualiti teh yang baik, hanya daun yang menyeluruh dipilih dan bukan daun yang telahdihancurkan. CB&TL juga bekerja secara terus dengan peladang bagi memastikan mereka mendapat hasil dan manfaatnya, dan bukan melalui orang tengah.
  • Bunga melur digunakan untuk mewangikan daun teh dengan meletakkannya di atas pokok bunga melur selama tujuh Kemudian, bunga melur yang dipilih dengan teliti akan diadunkan bersama teh menggunakan tangan.
  • Campuran puri buah pic asli ditambah sebagai pemanis semulajadi yang turut memberi rasa dan warna yang menyegarkan. Rasanya berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan sirap.

Nitro Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea dihidangkan secara sejuk, dan dihasilkan melalui tong kecil bertekanan tinggi. Kaedah Nitro ini menghasilkan lapisan buih di atas minuman dan menjadikan teksturnyapekat dan berkrim walaupun tanpa susu. Teknik pembruan sejuk pula memberikan rasa yang kuat tetapi tidak pahit, jadi minuman ini tetap lazat dinikmati walaupun tanpa gula!

Maklumat lanjut

Cubalah minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea hari ini di salah satu daripada 49 cawangan CB&TL dan kongsikan pengalaman anda dengan menggunakan #CBTLNitroColdBrew dan #coffeebeanmy, atau layari bit.ly/CBTLGooglePlus untuk mendapatkan fakta, gambar dan padanan makanan yang sesuai!

Harga

The Coffee Bean & Tea Leaf® Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea boleh dibeli bermula dari 5 April 2018 pada harga RM13.50; anda juga boleh mencuba minuman Peach Jasmine sebagai Sparkling Iced Tea atau minuman Granita Tea Ice Blended® (RM13.90 [kecil], RM14.90 [biasa] dan RM13.50 [kecil], RM14.50 [biasa] masing-masing), atau sebagai Iced Sweet Tea atau Cold Brew Tea (RM13.50 [kecil], RM14.50 [biasa] dan RM10.50 [kecil], RM12.00 [biasa] masing-masing.

 

Untuk maklumat lanjut tentang hidangan dan promosi terbaharu CB&TL, ikuti laman Facebook CB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage  atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di www.coffeebean.com.my.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like