Tbilisi, Georgia. Dengar nama pun macam sayup-sayup je sebab tak familiar. Sekali imbas, macam perkataan bilis dan iblis pun ada. Namun begitu, jangan diunderestimatekan tempat ini sebab ia antara tempat yang menarik di dunia ini yang mesti korang kunjungi kalau ada rezeki. Sebab apa? Kena baca sampai habis.

screen-shot-2016-10-26-at-10-31-24-pm

Nak ke Tbilisi dari Kuala Lumpur mengambil masa selama lebih 32 jam. Tambang penerbangan termurah kami jumpa dari Google Flights adalah RM3,346 menggunakan China Southern.

screen-shot-2016-10-26-at-11-38-09-am

Oh janganlah risau. Walaupun kamu mungkin tak berapa familiar dengan penerbangan China Southern ni, tapi flight mereka okay saja. Kamu boleh menikmati makanan ala Cina tapi kalau tak nak pun boleh request makanan vegetarian, takde masalah.

Sesampai sahaja di Lapangan Terbang Tbilisi, kami nak ucapkan tahniah sebab akhirnya kita berjaya sampai ke sebuah negara dengan pelbagai pertembungan budaya dan agama ni. Di sebelah kanan dan kiri ada elemen Islam dan Kristianisasi. Tapi sekarang, Georgia menjadi sebuah negara Ortodoks Kristian dengan Islam sebagai agama kedua terbesar. Georgia dahulu pernah dijajah oleh orang Mongolia, Parsi Empayar Uthmaniah dan juga Rusia. dan  Laut Hitam ada kat sebelah je dengan Georgia dengan Tbilisi sebagai ibu negaranya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tbilisi, Georgia
Lapangan Terbang Antarabangsa Tbilisi, Georgia

Menurut pengembara-pengembara tegar, cara paling mudah dan murah untuk anda menjelajah kota Tbilisi adalah dengan menaiki teksi kerana harga teksi di sana sangat murah, tidak akan melebihi beberapa dollar. Terdapat juga perkhidmatan awam ala LRT tetapi stesen yang disebut dalam perkhidmatan menggunakan bahasa Georgia.

Jadi apa yang menarik ada di Tbilisi ni? Jom kita kupas satu-satu:

5 Spot Menarik Mesti Pergi Di Tbilisi, Georgia

Sebenarnya ada banyak tempat di Tbilisi yang menarik yang korang mesti pergi. Tapi ini lima spot atau tempat yang wajib korang pergi untuk check in, ambil gambar dan upload, dan sebagainya:

1. Narikala Fortress

87686

Istana lama ini sudah 4 abad lamanya. Kalau nak ke sini, kena naik cable car dari Rike Park, atau kalau kamu berstamina tinggi boleh berjalan kaki dari Meidan. Bila tiba di puncak, kamu boleh nikmati pemandangan seluruh kota Tbilisi.

 

2. Kartlis Deda

22bba13280acf798a9f0d8d1f027605f

Kartlis Deda antara monumen terbesar di Tbilisi, dan terletak di atas bukit Narikala. Jadi, lepas anda ke Narikala Fortress, bolehlah ke Kartlis Deda pula. Monumen berupa wanita berpakaian tradisional Georgia. Di sebelah kanan monumen ini, wanita ini memegang mangkuk sebagai simbol selamat datang, manakala tangan kiri pula memegang pedang sebagai simbol menjaga bandar Tbilisi dari musuh.

 

3. Meidan Bazaar

Kalau nak beli cenderahati atau nak beli barangan yang diperbuat di Georgia seperti makanan, kraftangan mahupun jeruk, sinilah tempatnya. Bazaar ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Yang menariknya, bazaar ini terletak di underground atau bawah tanah, di kawasan Meidan Square.

 

4. Peace Bridge

the-bridge-of-peace-original-33569

Jambatan dengan rekabentuk unik ini menghubungkan dua bahagian kota iaitu baru dan lama yang dipisahkan oleh Sungai Kura. Atap jambatan ini dilengkapi dengan lampu LED, jadi kalau malam bersinar-sinarlah ia.

 

5. Tavisuplebis Moedani

tavisuplebis-moedani1

Tavisuplebis Moedani atau juga dikenali sebagai Freedom Square ni adalah salah satu kawasan dalam bandar Tbilisi, dengan landmark terkenalnya penunggang kuda emas. Dahulu tempat ini selalu jadi tempat demonstrasi. Kini ia dikelilingi oleh bank, hotel dan dewan perbandaran.

 

5 Makanan Mesti Cuba

1. Karcho

beef-and-tomato-soup-2-600x400

Sup daging yang dimasak bersama kacang walnut, nasi dan puree buah ceri dan dihidangkan dengan daun ketumbar.

 

2. Shkmeruli

9954372106_b0265f6cdc_b

Makanan berasaskan ayam yang berasal dari daerah Racha, Georgia. Ayam digoreng terlebih dahulu sehingga garing dan kemudian dipoting sebelum disaluti dengan sos bawang putih dan susu.

 

3. Churchkhela

fa7247c736b914119e2cee23df702ae5

Sejenis manisan yang dibuat dalam bentuk sosej. Ia disediakan dengan meletakkan kacang ke dalam tali dan mencelupnya ke dalam jus anggur dan kemudian dikeringkan.

 

4. Lobio

beef-and-tomato-soup-2-600x400

Lobio dalam bahasa Georgia bermaksud kacang, dan kacang memang adalah bahan utama dalam masakan Georgia. Lobio adalah satu hidangan di mana kacang dihancurkan dan dicampur dengan bawang putih, kacang walnut, bawang dan ketumbar.

 

5. Khachapuri

khachapuri

Khachapuri sebenarnya lebih kurang macam roti nan tapi dalam pelbagai bentuk dan perisa. Yang palign popular adalah roti dengan telur di tengah-tengah.

 

5 Perkara Mesti Cuba Di Tbilisi, Georgia

1. Naik Funicular

87726 144255

Funicular adalah keretapi yang akan membawa kamu naik ke puncak bukit Mtatsminda. Ada tiga sahaja stesen, iaitu stesen terendah di Stesen Chonquadze, stesen kedua di Mtatsminda Pantheon dan terakhir di puncak bukit Mtatsminda. Harga tiket keseluruhan adalah 4 Lari (RM7) dan keretapi kecil ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4 pagi.

 

2. Berseronok di Focus Mokus

Focus Mokus adalah antara taman tema terbaru di Tbilisi dan terletak di dalam East Point Mall, lebih kurang macam kat Berjaya Times Square, Kuala Lumpur lah kiranya. Pelbagai permainan yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur ada kat sini. Yang paling popular adalah Free Fall. Siapa tak gayat, bolehlah cuba.

 

3. Jalan-jalan di Old Town Tbilisi

Ini adalah bahagian bandar lama di Tbilisi. Kat sini kamu boleh menikmati senibina bangunan Georgian yang memang terkenal dalam dunia senibina, selain dari mendalami sejarah dan budaya orang Georgia. Dengan kata lain, macam jalan-jalan dalam muzium terbuka, cuma kamu ada pilihan nak shopping atau makan-makan dalam perjalanan.

 

4. Have fun kat Mtatsminda Amusement Park

mtatsminda-amusement 621127_77

mtatsminda-amusement-1

Taman tema ini terletak di atas bukit Mtatsminda. Sama seperti taman-taman tema lain, pelbagai permainan yang sesuai untuk pelbagai umur ada kat sini. Bonus pointnya, kedudukannya di atas bukit membolehkan korang berseronok sambil lihat pemandangan indah Tbilisi yang terhampar luas di bawah bukit.

 

5. Pergi Flea Market di Dry Bridge

Flea Market, atau lebih kurang Pasar Karat kalau di Malaysia menjual pelbagai barangan baru atau lama. Best dikunjungi kalau korang nak cari barang-barang rare yang cuma terdapat di Georgia. Dibuka dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang.

 

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like