Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk tinggal di hotel unik iaitu Tubotel Langkawi yang terdapat di Pulau Langkawi, Kedah. Penulis ingin merasai pengalaman tinggal di hotel lain dari yang lain dan ternyata pengalaman ini tidak dapat penulis lupakan.

Apabila menjejakkan kaki di Tubotel Langkawi ini, penulis dapat merasakan satu suasana yang berbeza dengan hotel dan resort yang penulis pernah inap di sekitar pulau Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel sungguh baik, seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Jadi, penulis sarankan kepada pelancong atau backpackers yang inginkan suasana penginapan berbeza dan unik, anda harus menginap di sini. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan.

Keistimewaan Tubotel Langkawi

Rekaan hotel Tubotel sebenarnya diilhamkan oleh Austria Dasparkhotel, yang direka oleh arkitek Andy Strauss. Kenapa agaknya nama hotel ini Tubotel? Sebenarnya kebanyakkan bilik di sini menggunakan ruang tiub konkrit untuk dijadikan bilik penginapan. Semua bilik dilengkapi dengan ciri-ciri seperti katil bersaiz King, ruang simpanan beg di bawah katil, lampu, soket plug, kipas dan juga penghawa dingin.

tubotel-15

Tubotel yang mempunyai 17 buah bilik ini mempunyai dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman. Selain itu juga, mereka menyediakan 2 bilik bersaiz standard bagi mereka yang belum ‘bersedia’ untuk tinggal di bilik tiub konkrit unik di sini.

tubotel-26 tubotel-13 tubotel-14 tubotel-6

Yang menariknya, pemilik Tubotel ini seorang chef dan mempunyai sebuah restoran di kawasan Marina Bay iaitu Tapaz Restaurant. Jadi, sudah semestinya hidangan sarapan di sini enak-enak belaka.

tubotel-18

Walaupun ruang bilik tidurnya agak terhad, Tubotel menyediakan daybed di ruang santainya, jakuzi untuk beristirehat, kemudahan Wi-Fi, dan juga restoran untuk minum petang. Penulis amat suka dekorasi taman di sini yang nampak santai dan relaks. Kerusi signature merah disini sebenarnya ditempah khas dan menambahkan lagi ciri unik Tubotel.

tubotel-17 tubotel-11 tubotel-10

Ruang solat dan tandas

Tubotel juga telah menyediakan ruang solat di salah satu bilik di sini dan juga biarpun tandasnya di luar bilik hotel dan anda perlu berkongsi dengan pengunjung lain, jangan risau, kerana kebersihan bilik mandi dan tandas amat dijaga disini. Selain itu juga, mereka menyediakan bilik untuk menyalin pakaian.

tubotel-7

Perkhidmatan lain yang ditawarkan di sini termasuklah :

  • 24 Hour Reception
  • 24 Hour Security
  • Air Conditioning / Cubes only
  • Bicycle Hire
  • Bicycle Parking
  • Breakfast Included
  • Cable TV
  • Common Room / Area
  • Free Internet Access
  • Hot Showers
  • Housekeeping
  • Laundry Facilities
  • Linen Included
  • Luggage Storage
  • Safe Deposit Box (Front Desk)
  • 3  Jacuzzis
  • Tours/Travel Desk

Pemilik Tubotel

tubotel-24

Pemilik Tubotel iaitu Alex merupakan seorang warga Austria dan isterinya, Cookie seorang warga Thai datang ke Malaysia 20 tahun yang lalu. Mereka memulakan perniagaan restoran terkenal di Kuala Lumpur sebelum mengambil keputusan membuka Tubotel di Pulau Langkawi. Mereka benar-benar sukakan Malaysia telah menganggap Malaysia sebagai negara kedua mereka. Rakyat negara ini yang ramah dan baik hati telah menarik minat Alex untuk terus menetap di negara ini.

Aktiviti Menarik

Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran, tetapi dengan syarat, anda harus bekerjasama menjaga keindahan pantai dan alam semulajadi di sini. Bestkan?

tubotel-23 tubotel-22-750x498 tubotel-21 tubotel-20

Selain itu juga, pelawat yang datang ke hotel boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti: Muzium Laman Padi, Cenang Mall, dan juga pesisiran Pantai Cenang. Bagi yang ingin merasai aktiviti menarik, anda boleh menyertai aktiviti mencandat sotong dan juga aktiviti island hopping , Jet-ski, Cruise, Jungle Trekking dan banyak lagi.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati :

  • Pantai Kok
  • Langkawi Bird Paradise
  • Langkawi Cable Car
  • Langkawi Galeria Perdana
  • Anna and the King Gallery
  • Falconry Encounters
  • Langkawi Craft Complex
  • Mat Chincang Mountains
  • Oriental Village
  • Telaga Harbour Park
  • Tiger! Tiger! Gallery & Exhibit
  • Langkawi Crocodile Farm

Lokasi

Jetty Pelancongan Chenang, Kuala Cenang, 07000 Langkawi Geopark, Kedah, Malaysia

Telefon : 012-3294094

Emel : info@tubotel.com

tubotel-langkawi-lokasi

Harga Penginapan

Ianya bergantung kepada musim. Harga berbeza mengikut lokasi bilik. Ianya bermula dari RM188 hingga RM218.

Promosi — diskaun khas Wanista

Bagi mereka yang ingin menempah untuk menginap di Tubotel, anda boleh mendapatkan diskaun 15% daripada harga asal penginapan yang ditawarkan. Anda hanya perlu emel info@tubotel.com dan berikan nama penuh, nombor telefon dan tarikh tempahan dan tulis Wanista.com di dalam emel tempahan anda.

Laman Facebook Tubotel Langkawi : Tubotel

Laman web Tubotel Langkawi : http://www.tubotel.com/

Gambar di sekitar Tubotel Langkawi

tubotel-19 tubotel-16 tubotel-12 tubotel-11 (2) tubotel-9 tubotel-8 tubotel-5 tubotel-4 tubotel-3 tubotel-1 tubotel-2

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like